Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Juara-Juara: Arsenal hampa, Athletic Bilbao punyai kelebihan

-

kar untuk menembusi benteng kebal Atletico, Ancelotti berasa yakin aksi yang sama daripada anak buahnya hari ini (Selasa) akan menyaksika­n mereka boleh mencapai kemenangan Jumaat ini.

“Atletico akan memiliki kelebihan kecil kerana kami harus menjaringk­an gol di Calderon. “Kami mempunyai po- tensi menjaringk­an gol di Calderon dan kami akan mencuba. Jika kami mengulangi cara kami bermain hari ini, saya fikir kami akan memenangi Piala Super ini.”

Jurulatih Atletico, Diego Simeone, memuji permainan anak buahnya dan mendedahka­n rasa terkejut kerana Angel Di Maria tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama dan hanya diturunkan pada lewat permainan.

Di Maria dikhabarka­n akan meninggalk­an Real, dengan pilihan yang sangat banyak di jentera serangan dengan kehadiran Rodriguez tetapi Simeone mendakwa beliau adalah pemain yang lebih penting kepada Real berbanding Ronaldo atau Gareth Bale.

“Dalam separuh masa pertama, walaupun bermain dengan bertahan, kami mempunyai tiga atau empat peluang untuk menjaringk­an gol,” kata beliau.

“Dalam separuh masa kedua, ia hampir sama dengan sedikit permainan lebih baik dari Madrid apabila Di Maria masuk.

“Ia masuk akal kerana beliau adalah pemain terbaik yang mereka ada. Ia keputusan seri yang penting dan membolehka­n kami bermain untuk kejuaraan dengan kedudukan seimbang untuk kedua-dua pasukan.”

Walaupun meletakkan Rodriguez dan Di Maria di bangku simpanan, Ancelotti melihat pasukannya menguasai 45 minit pertama.

Bagaimanap­un, Real tidak mencipta banyak peluang terbaik dengan Atletico kelihatan mempunyai peluang yang lebih baik untuk membuka jaringan dengan Mario Mandzukic dan Saul Niguez menguji penjaga gol Real, Iker Casillas.

Rodriguez kemudian dimasukkan untuk menggantik­an Ronaldo dan corak permainan Real semakin meningkat apabila mempunyai satu peluang tetapi rembatan Bale ditepis oleh penjaga gol Atletico.

Satu lagi cubaan Bale dari satu tendangan percuma ditepis keluar dan satu cubaan Toni Kroos melambung tinggi.

Asakan demi asakan Real akhirnya membuahkan hasil apabila Rodriguez membuka jaringan pada minit ke- 80 dan ketika mereka membayangk­an ia adalah gol tunggal kemenangan, Garcia menyempurn­akan satu tendangan sudut Koke untuk mengikat kedudukan.

Real harus menjaringk­an sekurang- kurangnya satu gol apabila bertandang ke Calderon kerana keputusan seri tanpa jaringan atau kekalahan akan menafikan kejuaraan kedua mereka musim ini selepas memenangi Piala Super Eropah dengan menewaskan Sevilla 2-0 minggu lepas. — AFP PARIS, Perancis: Arsenal, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain, pulang dengan rasa kecewa selepas diikat tanpa jaringan di Besiktas pada perlawanan pertama playoff Liga Juara-Juara sementara Athletic Bilbao, memiliki kelebihan selepas mengikat Napoli 1-1 di Itali Selasa lepas.

Demba Ba hampir memberikan permulaan impian buat Besiktas di Istanbul apabila rembatan cantik dari satu tendangan percuma terkena palang, walaupun sudah menewaskan penjaga gol Wojciech Szczesny.

Ba sekali lagi menguji Szczesny dengan satu rembatan cantik sementara Olivier Giroud dan Santi Cazorla hampir membuka jaringan buat Arsenal sebelum Ba, gagal menyempurn­akan satu lagi peluang cantik pada 45 minit yang menarik di Istanbul.

Olcay Sahan juga mensia-siakan peluang terbaik untuk meletakkan Besiktas di hadapan pada awal separuh masa kedua selepas perubahan dilakukan oleh jurulatih Slaven Bilic sementara pengurus Arsenal, Arsene Wenger, terpaksa mengharung­i perlawanan kedua tanpa pemain tengahnya, Aaron Ramsey selepas pemain itu dibuang padang kerana dua kad kuning 10 minit sebelum tamat permainan.

Arsenal hampir menjaringk­an gol kemenangan pada minit akhir tetapi penjaga gol Besiktas, Tolga Zengin beraksi tangkas menepis cubaan Alex Oxlade-Chamberlai­n.

Athletic Bilbao membawa pulang gol penting di tempat lawan menerusi rembatan Iker Muniain sebelum rehat di Naples dan akan memulakan perlawanan kedua di San Mames minggu hadapan sebagai pilihan untuk menang walaupun Gonzalo Higuain mengikat kedudukan buat Napoli pada minit ke-68.

Stefan Kiessling, Karim Bellarabi dan Heung-Min Son, menjaringk­an gol untuk Bayer Leverkusen di FC Copenhagen untuk kemenangan 3-2.

MatgiasJoe­rgensenmen­gikat gol pembukaan Kiessling sebelum Daniel Amartey meletakkan Copenhagen di hadapan buat seketika sebelum gol Bellarabi dan Son memastikan kemenangan Leverkusen. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia