Utusan Borneo (Sarawak)

Perak adakan istiadat penerimaan jenazah esok

-

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan istiadat penghormat­an penerimaan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 peringkat negeri secara ringkas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini Jumaat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau serta barisan exco kerajaan negeri dan keluarga mangsa akan menyambut ketibaan jenazah di lapangan terbang berkenaan sebelum dibawa ke lokasi masing-masing untuk urusan pengebumia­n.

“Difahamkan jenazah akan dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah menaiki pesawat Charlie selepas istiadat penghormat­an jenazah yang akan berlangsun­g di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Persediaan telah dibuat di peringkat negeri untuk mengiringi kenderaan jenazah ke lokasi masing- masing mengikut jalan darat,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Beliau berkata kerajaan negeri dimaklumka­n bahawa terdapat empat jenazah daripada Perak akan dikebumika­n di daerah masing-masing iaitu dua di Ipoh dan masing-masing satu di Taiping dan Teluk Intan.

Dr Zambry berkata ter- dapat mayat bukan Islam di antara empat jenazah itu namun beliau enggan mendedahka­n jumlahnya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein semalam mengumumka­n sebanyak 20 jenazah warga Malaysia mangsa nahas MH17 akan dibawa pulang Jumaat ini.

Kesemua jenazah dijangka tiba di KLIA dari Amsterdam, Belanda pada jam 10 pagi Jumaat ini.

Penerbanga­n MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampira­n sempadan Rusia pada 17 Julai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia