Utusan Borneo (Sarawak)

Interhill Group mengadakan ‘After School Project’ Sabtu ini

-

MIRI: Syarikat Interhill Group melalui Interhill Employee Club akan mengadakan ‘After School Project’ menerusi program ‘Monthly Mentor Trial Session’ di Kompleks Kebajikan Hamidah di sini pada Sabtu (23 Ogos) ini.

Pengurus Komunikasi Korporat Syarikat Interhill Group Agnes Nyelang berkata, program terbabit adalah sebahagian daripada usaha syarikat dalam membantu masyarakat setempat khususnya anakanak yatim yang mempunyai pendidikan terhad untuk menjadi sukarelawa­n dalam program berkenaan.

“Pihak kami yakin program After School Project anjuran syarikat kami iaitu menerusi Monthly Mentor Trial Session ini akan membantu masyarakat setempat dalam menangani isu pendidikan yang terhad di kalangan masyarakat khususnya anak-anak yatim,” katanya.

Jelas Agnes, antara objektif utama penganjura­n sesi berkenaan ialah untuk menyediaka­n peluang kepada masyarakat yang berminat menjadi mentor dalam ‘After School Project’, selain menggalakk­an warga Miri meningkatk­an kesefahama­n terhadap mereka yang memerlukan.

Menurutnya, sesi tersebut akan diadakan dalam dua sesi pada hari berkenaan iaitu pada jam 9 pagi dan 2 petang.

Sesi berkenaan akan bermula dengan sesi berkongsi pengalaman di kalangan mentor yang pernah terlibat dalam ‘After School Project’ dan beberapa jemputan daripadada industri pendidikan.

“Selain itu, kita turut mengadakan masa untuk bersama anak- anak yatim bagi membolehka­n peserta mempunyai hubungan baik di kalangan mereka.

“Diharapkan melalui program ini nanti, orang di sekeliling dapat melihat peluang ini untuk dijadikan sebagai amalan baharu dalam menyumbang sesuatu kepada masyarakat,” ujarnya.

Mereka yang berminat mengetahui lanjut berhubung program ini boleh menghubung­i Agnes di talian 085412318 atau e-melkan sebarang pertanyaan di alamat asp@ interhill.com.my

Selain itu, mereka yang ingin menyertai turut boleh mendaftar melalui laman sesawang ‘ After School Project’ iaitu www. afterschoo­lproject.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia