Utusan Borneo (Sarawak)

GARCIA NAFI MALAM GEMILANG RODRIGUEZ

Atletico Madrid miliki kelebihan selepas seri 1-1 pada aksi pertama Piala Super Sepanyol

-

MADRID, Sepanyol: Gol penyamaan Raul Garcia, dua minit sebelum tamat permainan menafikan penampilan sulung impian James Rodriguez bersama Real Madrid di tempat sendiri ketika Atletico Madrid mengikat kedudukan 1-1 pada perlawanan pertama Piala Super Sepanyol Selasa lepas.

Rodriguez disenaraik­an di bangku simpanan tetapi menggantik­an Cristiano Ronaldo pada masa rehat apabila pemain tengah itu dikeluarka­n selepas mengalami kecederaan otot.

Rodriguez, pemain yang menyerlah di Piala Dunia 2014 bersama Colombia, membuka jaringan pembukaan yang juga jaringan sulungnya buat Real, 10 minit sebelum tamat permainan.

Bagaimanap­un, Atletico membawa pulang satu gol bermakna di gelanggang lawan menjelang perlawanan kedua di Vicente Calderon Jumaat ini apabila Garcia menyempurn­akan satu tendangan sudut.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti bagaimanap­un mengenepik­an kebimbanga­n di mana kecederaan Ronaldo mungkin menyebabka­n beliau tidak akan dapat beraks i un- satu tempoh yang lama.

“Beliau mengalami kesakitan selepas separuh masa pertama dan tidak kelihatan selesa dalam padang. Kami akan menilai kedudukann­ya

tuk

Beliau mengalami kesakitan selepas separuh masa pertama dan tidak kelihatan selesa dalam padang. Kami akan menilai kedudukann­ya esok dan melakukan pemeriksaa­n lanjut tetapi ia tidak

serius.” kelihatan Carlo Ancelotti Jurulatih Real Madrid

esok dan melakukan pemeriksaa­n lanjut tetapi ia tidak kelihatan serius,” kata Ancelotti.

Dan walaupun sekali lagi su-

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters
— Gambar Reuters ?? AKSI SULUNG: Rodriguez kecewa selepas Atletico Madrid berjaya menyamakan kedudukan pada perlawanan pertama Piala Super Sepanyol di antara Real Madrid dan Atletico Madrid di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada Selasa lepas.
Garcia (dua kiri)...
— Gambar Reuters — Gambar Reuters AKSI SULUNG: Rodriguez kecewa selepas Atletico Madrid berjaya menyamakan kedudukan pada perlawanan pertama Piala Super Sepanyol di antara Real Madrid dan Atletico Madrid di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada Selasa lepas. Garcia (dua kiri)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia