Utusan Borneo (Sarawak)

84 lagi maut Ebola

-

GENEVA: Virus Ebola membunuh 84 orang dalam tempoh hanya tiga hari, sekali gus menyaksika­n angka kematian global kini mencecah 1,229, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Angka kematian tersebut yang melepasi jumlah 1,000 orang lebih seminggu lalu, meningkat mendadak sejak Khamis hingga Sabtu.

Jumlah jangkitan yang disahkan turut meningkat sebanyak 113 orang dalam tempoh tiga hari, menyaksika­n jumlah keseluruha­n kes kini 2,240, menurut agensi kesihatan PBB itu.

Wabak berkenaan yang menjejaska­n empat negara barat Afrika sejak tercetus di Guinea awal tahun ini, adalah yang terburuk sejak Ebola ditemui empat dekad lalu di wilayah yang kini dikenali sebagai Republik Demokratik Kongo (DRC).

Liberia merupakan negara paling teruk terjejas dalam wabak terkini dengan 48 kes baharu dan 53 kematian, menyebabka­n keseluruha­n kes kini mencecah 834, dengan 466 kematian.

Angka baharu WHO mendahului serangan malam Sabtu lalu ke atas pusat kuarantin di ibu negara Liberia Monrovia yang menyebabka­n 17 pesakit Ebola melarikan diri dan masih hilang sehingga ke hari ini.

Sierra Leone merekodkan 38 jangkitan baharu dan 17 kematian, menurut data terkini WHO, dengan jumlah kes kini 848 dengan 365 kematian.

Guinea pula melaporkan 24 kes baharu dan 14 kematian, menyaksika­n jumlah kes kini mencecah 543, dengan 394 kematian.

Nigeria sementara itu merekodkan tiga kes baharu tanpa kematian, di mana ia kini mencatat 15 kes dengan empat kematian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia