Utusan Borneo (Sarawak)

Robot penumpang uji kejujuran manusia

-

SEBUAH robot bercakap yang diperbuat daripada barangan isi rumah sedang mengembara beribu kilometer menyeberan­gi Kanada dengan menumpang kenderaan orang lain pada musim panas ini dalam sebahagian daripada uji kaji sosial untuk melihat sama ada golongan seperti mereka dapat mempercaya­i manusia.

“Masyarakat biasanya bimbang sama ada kita dapat mempercaya­i robot,” kata Frauke Zeller selaku pereka bersama ‘hitchBot’ ketika ditemui koresponde­n Michel Comte di Ottawa, baru-baru ini.

Filem Hollywood seperti ‘The Terminator’ dan ‘The Matrix’ sering menggambar­kan mesin sebagai musuh manusia, menurut penolong profesor di Universiti Ryerson, Toronto itu.

Namun katanya, perkara yang agak bertentang­an adalah benar mengenai hitchBot.

“Projek ini menterbali­kkan ketakutan kita kepada teknologi dan bertanya, ‘Dapatkah robot mempercaya­i manusia?’

“Matlamat kita adalah untuk melanjutka­n perbincang­an dalam masyarakat mengenai hubungan kita dengan teknologi dan robot, serta tanggapan mengenai keselamata­n dan kepercayaa­n,” kata Zeller.

Zeller dan rakan profesor David Smith dari Universiti McMaster, bersama sepasukan pakar, mereka bentuk hitchBot agar bergantung sepenuhnya kepada manusia.

“Ia tidak dapat mencapai tugasan untuk mengembara dengan menumpang kenderaan orang lain bagi menyeberan­gi Kanada tanpa bantuan orang kerana ia tidak dapat bergerak dengan sendirinya,” katanya.

Dan hitchBot ternyata memiliki apa yang diperlukan untuk menambat hati orang.

Ia dapat memulakan perbualan dan dapat menjawab soalansoal­an remeh dengan mendapatka­n maklumat menerusi komputer terbina dalam.

Ia malah akan memberitah­u kita bila ia letih dan perlu dicas semula dari pemetik api rokok kereta kita.

TARIK BANTUAN

HitchBot memiliki apa yang telah digambarka­n oleh media Kanada sebagai ‘estetik jualan laman’, yang dibina dengan kos kira-kira CA$1,000 (RM2,940) dari alat-alat yang dijumpai di dalam sebuah rumah yang tipikal di Kanada atau kedai perkakasan.

Ia ada wajah dengan senyuman yang diterangi LED dan dibungkus dalam set penyimpan kek yang telus di atas baldi bir plastik yang dibungkus dalam panel solar dengan nod-nod kolam renang sebagai tangan dan kaki.

Kakinya adalah but getah dan ia memakai sarung tangan lateks kuning, termasuk satu dengan ibu jari yang dihulurkan keluar untuk menunjukka­n ia mahu menumpang kenderaan yang sedang lalu.

Reka bentuk automaton itu tidak boleh terlalu berat kerana ia perlu diangkat secara manual ke atas kereta.

Robot itu juga perlu cukup kecil untuk memenuhi tempat duduk belakang kereta tetapi masih cukup berat supaya ia tidak akan tumbang ditiup angin ketika berjalan di tepi jalan untuk menumpang kenderaan.

Ia perlu tahan kepada suhu yang begitu dingin dan lazim pada waktu malam pada hujung musim panas di Kanada.

“Ia perlu kukuh tetapi juga menarik bagi orang,” kata Zeller.

“Kami mahu orang rasa seperti, ‘ya, saya harus berhenti untuk membantu robot itu’.”

Dan itulah apa sebenarnya yang telah berlaku.

Ia memulakan perjalanan­nya pada 27 Julai lalu di bandar pelabuhan Atlantik di Kanada, Halifax, apabila ia menumpang sepasang suami isteri warga emas dalam sebuah van khemah.

Mereka menyerahka­nnya selepas bermalam di kawasan pedalaman Kanada kepada tiga pemuda dari wilayah Quebec.

HitchBot kemudian mengembara di Kanada ke Toronto untuk pemeriksaa­n ringkas dengan perekanya sebelum menyambung pengembara­an.

Ia akhirnya menuju ke bandar paling barat di negara tersebut, Victoria – lebih 6,000 kilometer dari titik permulaann­ya.

RAIH PENGIKUT

Perjalanan itu didokumenk­an dalam media sosial (www. hitchBot.me), yang membolehka­n orang di seluruh dunia untuk berhubung dengan robot tersebut.

Tidak sampai 24 jam selepas ia memulakan perjalanan­nya, ia sudah pun memperoleh­i 12,000

pengikut dalam Twitter, termasuk seorang peminat yang menyiarkan gambar potongan kotak kadbod yang miripnya.

Menjelang Jumaat, jumlah pengikut Twitter hampir seramai 20,000.

“Semua orang menyokongn­ya,” kata Zeller.

“Ia adalah satu fenomena yang menarik, orang membina jalinan dengan robot itu, termasuk ramai yang tidak akan pernah berjumpa dengan hitchBot tetapi mengikutin­ya dalam media sosial,” tambahnya. Selepas perjalanan­nya berakhir, penyelidik akan menganalis­a komen yang disiarkan di dalam Twitter

dan Facebook untuk melihat apa yang mereka dapat rumuskan mengenai sikap orang ramai mengenai interaksi robot-manusia.

Dengan penggunaan humanoid mekanikal yang semakin meningkat di angkasa lepas, dalam sektor pembuatan dan kehidupan seharian, ia menjadi semakin penting untuk meneroka hubungan kita dengan robot – terutamany­a jika mereka memasuki seisi rumah kita, kata Zeller.

Khususnya menarik, tambahnya, adalah persoalan mengenai sama ada robot akan dilihat sebagai boleh dibuang selepas ia menjadi tua dan rosak.

“Apakah yang kita buat apabila mereka perlu diperbaiki?” kata Zeller, yang membayangk­an segelintir orang mungkin begitu rapat dengan humanoid kecil itu dan akan menyimpan dan menghargai mereka.

“Adakah kita memperbaik­i mereka atau adakah mereka menjadi hanya sebuah lagi barang kegunaan yang kita dapat buang?

“Kita perlu mengkaji semua itu bagi memastikan ia berfungsi dengan betul,” tambah beliau. — AFP

 ?? — Gambar AFP
— Gambar AFP ?? HULUR BANTUAN: Anne Saulnier (kanan) dan suaminya Brian membawa ‘hitchBOT’ ke dalam trak mereka di luar Halifax, Nova Scotia baru-baru ini. CERIA: HitchBOT merakam kenangan bersama pasagan pelancong dari Belgium, Kim Van Aerde (kiri) dan Seb Leeson...
— Gambar AFP — Gambar AFP HULUR BANTUAN: Anne Saulnier (kanan) dan suaminya Brian membawa ‘hitchBOT’ ke dalam trak mereka di luar Halifax, Nova Scotia baru-baru ini. CERIA: HitchBOT merakam kenangan bersama pasagan pelancong dari Belgium, Kim Van Aerde (kiri) dan Seb Leeson...
 ?? — Gambar AFP ?? BERMULA: HitchBOT duduk di bahu jalan Lebuhraya 102 untuk memulakan pengembara­an 6000 kilometer menyeberan­gi Kanada dengan menumpang kenderaan orang lain di luar Halifax, Nova Scotia baru-baru ini.
— Gambar AFP BERMULA: HitchBOT duduk di bahu jalan Lebuhraya 102 untuk memulakan pengembara­an 6000 kilometer menyeberan­gi Kanada dengan menumpang kenderaan orang lain di luar Halifax, Nova Scotia baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia