Utusan Borneo (Sarawak)

‘ Wanita Besi’ raih emas pertama

-

BERLIN, Jerman: Katinka Hosszu dan Velimir Stjepanovi­c menjadi pemenang-pemenang individu pertama pada malam pembukaan di Kejohanan Renang Eropah di Berlin.

Hosszu memenangi acara 400 meter rampaian individu, dan bagi kebanyakan waktu dalam perlumbaan itu dia berenang dalam kepantasan rekod dunia, selepas Stjepanovi­c memenangi kejuaraan pertama dalam kolam dalam acara 400 meter gaya bebas.

Perancis mencipta rekod baharu kejohanan dalam acara 4x100 meter gaya bebas lelaki manakala Sweden dinaik taraf kepada emas dalam acara bahagian wanita selepas kemenangan Denmark dibatalkan manakala empat rekod kejohanan dicipta dalam sesi petang.

Kejohanan itu diadakan di kompleks sukan Europa-park di ibu negara Jerman.

Bukan dalam satu daripada dua kolam 50 meter tetap sebaliknya sebuah kolam sementara 10 lorong telah dipasang di dalam velodrom berkenaan.

Hosszu telah mencipta rekod kejohanan dalam saringan dan ‘Wanita Besi’ itu kembali pada sebelah petang, dan kejayaan tidak pernah diragui apabila dia mendahului dari mula hingga akhir, dan menang dalam rekod kejuaraan 4:31.03, 2.10 di hadapan perenang Sepanyol Mireia Belmonte Garcia manakala Aimee Willmott dari Great Britain menduduki tempat ketiga.

Perenang Hungary itu berpusing 2.16 saat di dalam kepantasan rekod dunia dengan baki 100 meter lagi tetapi dia menamatkan perlumbaan 2.60 saat di luar masa Ye Shiwen.

Renangan itu menggarisk­an sifat luar biasa rekod yang dicipta oleh perenang China tersebut di Sukan Olimpik London pada 2012 di mana jarak 100 meter terakhir adalah lebih pantas berbanding lima daripada perenang dalam acara sama bahagian lelaki.

“Saya sebenarnya hanya mahu berenang dalam masa terbaik saya, itulah matlamat utama saya ketika menyertai 400IM,” kata Hozzsu sambil tersenyum dan dia akan menyertai 10 acara pada keseluruha­n.

Ia adalah sukar untuk melihat bagaimana sebarang kemajuan signifikan dapat dibuat untuk memecahkan rekod dunia Ye jika mengambil kira ciri 100 meter terakhir.

Bagaimanap­un Hosszu akan terus fokus kepada perlumbaan­nya sendiri.

“Apa sahaja boleh berlaku,” katanya. “Saya telah mengusahak­an 400IM saya. Saya berenang dalam perlumbaan yang berlainan daripada Ye, jadi saya harap saya dapat mengusahak­an 100 meter terakhir saya dan melakukann­ya dengan lebih baik.”

Stjepanovi­c dari Serbia memenangi pingat emas pertama dalam kolam dalam perlumbaan akhir 400 meter gaya bebas yang tidak disertai pemegang rekod dunia Paul Biedermann dan perenang Perancis Yannick Agnel – peserta yang menonjol di Kejohanan Dunia pada tahun lepas di Barcelona.

Kedua- dua mereka gagal untuk mara dari saringan pada sebelah pagi.

Stjepanovi­c mendahului dari mula hingga akhir dan pada pertengaha­n perlumbaan sudah mendahului dengan kelebihan hampir tiga saat.

Walaupun perenang lain mula mengejar pada jarak 50 meter terakhir, perenang berusia 21 tahun itu tidak pernah tergugat dan menang dalam masa 3:45.66, 1.25 saat di hadapan Andrea Mitchell D’Arrigo dari Itali yang menduduki tempat kedua dan Jay Lelliott dari Great Britain. — AFP

 ??  ?? HOSSZU
HOSSZU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia