Utusan Borneo (Sarawak)

Costa tunaikan tugasnya serta-merta

Penyerang Sepanyol itu bantu Chelsea benam Burnley 3-1 pada aksi pertama Liga Perdana

-

BURNLEY, United Kingdom: Diego Costa mula membayar balik yuran perpindaha­nnya yang begitu tinggi dengan satu gol dalam penampilan julung kalinya untuk Chelsea selepas mereka bangkit dari kejutan ketinggala­n gol untuk mencatatka­n kemenangan bergaya 3-1 ke atas Burnley pada Isnin lepas.

Costa, penyerang Sepanyol yang dibeli dari juara La Liga Atletico Madrid dengan harga 32 juta pound (RM170.3 juta), mengikat gol pembukaan daripada Scott Arfield untuk Burnley sebelum Andre Schurrle dan Branislav Ivanovic menjaringk­an gol selanjutny­a sebelum waktu rehat untuk membantu pasukan Jose Mourinho mencatatka­n kemenangan yang meyakinkan dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana mereka di Turf Moor.

Selepas gagal untuk membawa piala ke Stamford Bridge pada musim lepas buat pertama kali selepas dua kali menggalas tugas, Mourinho, pengurus The Blues – dan mungkin pemilik kelab Roman Abramovich – tidak akan menerima kegagalan sedemikian sekali lagi.

Maka itu ketibaan Costa adalah satu usaha untuk menunjukka­n niat yang serius dan keazaman Chelsea untuk mengguling­kan juara bertahan Manchester City digariskan selanjutny­a

Bila kita datang ke tempat seperti ini dan kita ketinggala­n satu gol kepada sebuah pasukan yang sukar, maka pemain boleh menjadi kecewa dan

asa.” berputus Jose Mourinho Pengurus Chelsea

apabila mereka menduduki tempat teratas liga setelah mempamerka­n persembaha­n yang dominan dan diilhamkan oleh penampilan julung kali yang cemerlang oleh pemain tengah Sepanyol Cesc Fabregas.

“Bila kita datang ke tempat seperti ini dan kita ketinggala­n satu gol kepada sebuah pasukan yang sukar, maka pemain boleh menjadi kecewa dan berputus asa. Burnley adalah sebuah pasukan yang lasak dan keras tetapi pada keseluruha­nnya kami memiliki kawalan yang baik dan kami menunjukka­n saat-saat kelas,” kata Mourinho kepada Sky Sports.

“Saya bersetuju sepenuhnya dengan Cesc sebagai pemain terbaik perlawanan. Dia mengawal tempo permainan dan bertanggun­gjawab bagi fasa terbaik dalam permainan kami.

“Diego sangat penting kerana dia menjaringk­an gol pertama kami dan ia sangat penting.”

Burnley buat seketika keli- hatan seperti akan membuat kejutan apabila menjaringk­an gol pendahulua­n pada minit ke-13.

Lima tahun lalu Robbie Blake menjadi wira Burnley dengan satu voley yang kencang dan rembatan Arfield juga tidak kurang menonjol.

Gol pembukaan bermula dengan satu sudut yang dikeluarka­n hanya sejauh pemain pertahanan Burnley, Michael Duff, dan dia menanduk bola balik kepada Matty Taylor.

Bola hantaran lintang daripada Taylor mengelak pemain yang menunggu dalam kawasan penalti kecuali pemain tengah Arfield, yang mengawal bola 20 ela dari gawang dan melakukan voley yang melepasi penjaga gol Belgium Thibaut Courtois, yang didahuluka­n daripada Petr Cech, dan mencecah bumbung jaring.

Burnley mungkin tidak mengimpika­n permulaan yang lebih baik lagi tetapi gol itu hanya bertindak untuk menyedarka­n Chelsea dan se- lepas Costa menjar

ingkan gol pen- yamaan empat minit kemudian, hanya satu sahaja yang akan menang.

Selepas tiada seorang pun penyerang Chelsea yang mencapai angka berganda dalam Liga Perdana pada musim lepas, pemain antarabang­sa Sepanyol itu direkrut oleh Mourinho untuk memberikan kelebihan kepada pasukannya dan Costa menunaikan tugas serta-merta apabila dia merembat masuk bola muntah setelah bola yang terkena kapten Burnley Jason Shackell dari hantaran lintang Ivanovic terkena tiang gol.

Empat minit kemudian Chelsea berada di hadapan hasil inspirasi daripada Fabregas, bekas bintang Barcelona.

Hantaran kali pertamanya yang memecahkan pertahanan Burnley ternyata cantik dan Schurrle mengambil kesempatan sepenuhnya daripada khidmat itu apabila dia meluru masuk untuk menolak bola ke dalam gawang dengan tepi kakinya.

Pertahanan Burnley, barisan sama yang mencatatka­n rekod pertahanan terbaik dalam liga Championsh­ip pada musim lepas, tidak dapat menangani pergerakan Chelsea dan khususnya visi Eden Hazard.

Malah asas bertahan bila ada gol ketiga Chelsea dari dalam kotak penalti susulan daripada tendangan sudut Fabregas 11 minit sebelum wak

tu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia