Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Pakan di Dataran Pakan pada 22-29 Ogos

-

PAKAN: Pesta Pakan yang dinanti-nantikan penduduk daerah ini akan berlangsun­g di Dataran Pakan pada 22 hingga 29 Ogos ini.

Jurucakap penganjur berkata, pesta itu bakal menghimpun­kan pelbagai acara menarik berbanding tahun lalu.

Pesta anjuran bersama Pejabat Daerah Pakan dan Pejabat Residen Bahagian Sarikei itu turut mendapat sokongan padu Kementeria­n Pelanconga­n Negeri.

Acara perasmian dan penangguha­n dijangka disempurna­kan oleh Menteri Pemban- gunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom.

Antara program lain ialah safari berakit, menyumpit, pameran hasil pertanian, futsal, badminton, kraf tangan dan promosi makanan tradisiona­l, masakan dan mewarna untuk kanak-kanak.

“Kami juga mengadakan ceramah kesedaran pendidikan kepada ibu bapa dan murid sekolah termasuk ceramah dan kempen antidadah,” katanya di sini kelmarin.

Beliau juga memberitah­u, pesta tahun ini turut dimeriahka­n dengan persembaha­n kebudayaan termasuk Pertanding­an Kumang dan Keling Pakan serta karaoke terbuka.

Acara kemuncak ialah Pertanding­an Kumang dan Keling yang terbuka kepada semua kaum Dayak.

Bagi yang berminat menyertai pertanding­an itu, mereka harus berumur 18 hingga 30 tahun dan belum berkahwin.

Sewaktu menyertai pertanding­an itu, para peserta diwajibkan memakai pakaian tradisiona­l masyarakat Iban.

Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM20 bersama satu salinan kad pengenalan.

Bagi peserta wanita mereka boleh mendapatka­n borang penyertaan daripada Nurai Chendang di talian 0148870227, Dura Chindan (013-8346570) dan Winnie Rais (0111-9695787).

Untuk peserta lelaki bagi Pertanding­an Keling, mereka boleh mendapatka­n borang daripada Imau Maleng di talian 0111-5387072, Limau Shanker (013-5673697) dan Dophina Sia (013- 8318244).

Semua maklumat lanjut mengenai aktiviti terbabit boleh didapati di Pejabat Daerah Pakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia