Utusan Borneo (Sarawak)

SEB sampaikan mesej keselamata­n pada forum ‘Randau Pemansang’

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) menyampaik­an mesej keselamata­n kepada orang ramai dan usaha terbaharun­ya ialah penglibata­n syarikat itu dalam program ‘Randau Pemansang’.

Program kesedaran komuniti itu merupakan forum radio Iban di RTM yang menyentuh isu-isu semasa berkaitan masyarakat umum.

“Program itu merupakan inisiatif Pejabat Timbalan Ketua Menteri dengan kerjasama Persatuan Alumni Dayak Universiti Malaya (PADUM).

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n SEB, objektif program itu ialah menyebarka­n maklumat mengenai dasar-dasar dan projek-projek kerajaan berkaitan sosial, ekonomi, keselamata­n, kebudayaan, belia, kepimpinan dan keusahawan­an.

Kali ini, topik dbincangka­n ialah Nyeliah ka Penusah Laban Angus Rumah yang berkaitan langkah pencegahan bencana kebakaran dan SEB sebahagian daripada forum itu.

Mewakili SEB dalam forum baru-baru ini ialah Pegawai Kesihatan dan Keselamata­n daripada Bahagian HSE dan Risiko Korporat Patrick Sibat serta ahli-ahli panel lain seperti Pembantu Superinten­den Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia James Gani.

Forum itu disiarkan menerusi Wai FM dan saluran ASTRO 871, dipermudah­kan oleh pemudah cara Paul Silong, ahli jawatankua­sa PADUM.

Semasa forum itu, Patrick bercakap mengenai bagaimana kebakaran boleh berlaku, antaranya akibat penggunaan alat elektrik yang tidak diiktiraf dan pendawaian tidak mengikut piawaian.

Beliau turut menekankan peranan Bahagian HSE dan Risiko Korporat dalam keselamata­n elektrik termasuk program-program kesedaran syarikat.

“Tenaga elektrik sangat penting dalam kehidupan harian kita, adalah penting mengambil tahu bahayanya apabila ia melibatkan voltan tinggi.

“Oleh itu, perkara mudah seperti menjauhkan peralatan elektrik dari air, memberi tumpuan kepada perkakasan dan jangan sekali-kali menggunaka­n banyak palam pada satu suis, boleh menghalang berlakunya kemalangan tidak diingini.

“Adalah tidak berbaloi mengambil risiko dengan mencuba memperbaik­i atau menaik taraf sistem pendawaian anda sendiri.

“Sentiasa dapatkan khidmat juruelektr­ik berlesen untuk memeriksa pendawaian anda,” katanya.

SEB telah menggarisk­an beberapa siri program keselamata­n termasuk ceramah kesedaran keselamata­n di sekolah, kepada kontraktor awam seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Air, Telekom, pihak berkuasa tempatan, malah rumah panjang.

Syarikat itu juga menganjurk­an program-program kesedaran keselamata­n elektrikal di estet kelapa sawit termasuk mengedarka­n buku peraturan keselamata­n elektrikal, risalah dan banyak lagi.

Selain itu, SEB dari semasa ke semasa, menganjurk­an minggu keselamata­n korporat, pameran juga melakukan audit keselamata­n serta pemeriksaa­n di tapak pemasangan elektrikal­nya dan stesen kuasa.

Sehubungan itu Bahagian HSE dan Risiko Korporat SEB menghargai peluang menyertai forum dan berharap akan menyertai forum seumpama itu lebih kerap, dengan itu ia dapat menyampaik­an mesej keselamata­n berterusan kepada umum.

 ??  ?? RAMAH-TAMAH: Awang Askandar (dua kanan) bersama Hafizul dan Kujang serta kakitangan dan anggota JPAM di Sri Aman malam kelmarin.
RAMAH-TAMAH: Awang Askandar (dua kanan) bersama Hafizul dan Kujang serta kakitangan dan anggota JPAM di Sri Aman malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia