Utusan Borneo (Sarawak)

Hukum pemandu, bukannya syarikat bas

Menghukum syarikat bas jika pemandu di bawah pengaruh dadah bukan langkah terbaik

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Langkah Kementeria­n Pengangkut­an mengambil tindakan menghukum syarikat bas jika pemandu mereka didapati berada di bawah pengaruh dadah bukan langkah terbaik.

Pendapat itu dilontarka­n oleh Pengerusi Persatuan Pengangkut­an Bas Sarawak Lau Khing Seng bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Abdul Aziz dipetik sebagai berkata pengusaha bas didapati menggunaka­n perkhidmat­an pemandu yang didapati positif dadah akan diambil tindakan tegas termasuk penggantun­gan lesen bas ekspres mereka.

Lau menyifatka­n langkah itu sebagai tidak adil kerana syarikat bas tidak bersalah dan tidak ada sebarang kaitan dengan kesalahan yang dilakukan pemandu mereka.

Katanya, tindakan itu tidak munasabah seperti menghukum bapa untuk jenayah yang dilakukan oleh anaknya.

“Ini tidak adil kerana pemandu harus bertanggun­gjawab atas tindakan mereka sendiri.

“Oleh kerana mereka (pemandu) tahu perbuatan tersebut (dadah) adalah satu kesalahan jadi mereka harus dipersalah­kan,” katanya.

Beliau mencadangk­an pihak berkuasa supaya mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu yang tidak bertanggun­gjawab seperti menggantun­g lesen mereka.

Lau yang juga pengarah urusan Lanang Bus Co Bhd, memberitah­u bahawa pihaknya mempunyai peraturan dan syarat jelas untuk dipatuhi pemandu.

“Pemandu sentiasa diingatkan mengelak diri mereka mengambil dadah dan alkohol selain memastikan klac, brek, lampu isyarat dan penggilap cermin berada dalam keadaan baik.

“Pemandu juga ditegah memandu laju melebihi 80km/j di samping mematuhi segala peraturan jalan raya dan keselamata­n penumpang yang menjadi keutamaan,” katanya.

Ini tidak adil kerana pemandu harus bertanggun­gjawab atas tindakan

” mereka sendiri. Lau Khing Seng Pengerusi Persatuan Pengangkut­an Bas Sarawak

 ??  ?? TERIMA KASIH: Patrick (kiri) menerima cenderamat­a daripada Presiden PADUM Cooplay Nyipa Aji sambil disaksikan James (dua kiri) wakil Pejabat Timbalan Ketua Menteri Sirai Daha (lima kiri) dan Paul (enam kiri).
TERIMA KASIH: Patrick (kiri) menerima cenderamat­a daripada Presiden PADUM Cooplay Nyipa Aji sambil disaksikan James (dua kiri) wakil Pejabat Timbalan Ketua Menteri Sirai Daha (lima kiri) dan Paul (enam kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia