Utusan Borneo (Sarawak)

Proses tender projek Jambatan Batang Samarahan akan dipantau

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan memantau proses tender projek Jambatan Batang Samarahan yang bernilai hampir RM150 juta.

Pengerusin­ya Chong Chieng Jen berkata ia berikutan rekod mencurigak­an status pertukaran tender tiga projek pembinaan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini.

Tiga projek dimaksudka­n beliau ialah projek Fasa 3, Pakej B Jalan Song/Sg Yong (Kapit), Fasa 3 Pakej C. Jalan Song/Sg Yong (Kapit) dan Jambatan Kanowit yang masingmasi­ngnya bernilai RM100 juta.

“Pada 16 Ogos 2014, JKR telah mengeluark­an iklan tender terbuka dalam akhbar-akhbar tempatan utama untuk pembinaan dan penyiapan cadangan projek Jambatan Batang Samarahan.

“Disebabkan rekod mencurigak­an tiga projek JKR sebelum ini, DAP (Sarawak) akan memantau dengan dekat proses tender Jambatan Batang Samarahan kerana tidak mahu insiden keempat berlaku lagi,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, sebelum ini tiga projek itu diiklankan oleh JKR dalam kebanyakan akhbar tempatan sebagai tender terbuka seperti projek Jambatan Batang Samarahan bagaimanap­un menukar statusnya kepada tender terhad pada saat-saat akhir tanpa pengetahua­n lebih 100 kontraktor yang telah mengemukak­an permohonan.

Walaupun alasan diberikan Kementeria­n Kewangan ialah projekproj­ek berkenaan perlu dilaksanak­an segera tetapi penyerahan projek tertangguh hampir enam bulan disebabkan pertukaran status tender, tambahnya.

Dakwa Chong lagi beberapa kontraktor yang disenaraik­an bagi projek-projek berkenaan mempunyai latar belakang mencurigak­an terutama kemampuann­ya melaksanak­an projek mencecah RM100 juta masing-masing.

“Berdasarka­n siasatan yang saya lakukan, ada syarikat yang dipilih daripada 10 kontraktor untuk projek-projek ini baharu ditubuhkan pada 2011, ada yang hanya mempunyai aset RM500,000 tetapi diberi kelayakan melaksanak­an projek bernilai RM100 juta,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu berkata beliau masih menunggu maklum balas daripada Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berhubung cadangan pembanguna­n tanah kerajaan seluas 263.6 ekar di Batu Kawa sebagai kawasan kediaman mampu milik khas untuk golongan berpendapa­tan rendah di negeri ini.

“Kami memberi sedikit masa kepada Ketua Menteri untuk memberi maklum balas kerana kami tahu beliau sibuk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia