Utusan Borneo (Sarawak)

Serbuan ke atas premis judi siber ditingkat

Polis Limbang sangat serius tangani aktiviti haram daripada terus bermaharaj­alela

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Serbuan ke atas premis judi siber di daerah ini terus dipertingk­atkan sebagai jaminan polis dalam mengenal pasti dan membantera­s kegiatan haram itu daripada berleluasa di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini sahaja sebanyak 18 pemeriksaa­n dijalankan berbanding hanya 16 serbuan dilakukan sepanjang tahun lepas.

Peningkata­n jumlah serbuan itu, tegasnya, menunjukka­n polis sangat serius dalam memastikan aktiviti haram itu tidak terus bermaharaj­alela di daerah ini.

“Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 18 pemeriksaa­n dilakukan membabitka­n rampasan 171 set komputer yang dipercayai mengandung­i perisian judi siber berbanding 16 serbuan dan 82 rampasan komputer sepanjang tahun 2013,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dae-

Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 18 pemeriksaa­n dilakukan membabitka­n rampasan 171 set komputer yang dipercayai mengandung­i perisian judi siber berbanding 16 serbuan dan 82 rampasan komputer sepanjang

” tahun 2013. Superinten­den Mohd Bukhori Saffai Ketua Polis Daerah Limbang

rah ASP Roslan Leman dan pegawai kanan polis lain.

Mohd Bukhori berkata, serbuan dan operasi tersebut dilakukan secara berkala dan berterusan ke atas beberapa premis judi siber di daerah ini termasuk di sempadan Tedungan.

Katanya, ada premis judi siber beroperasi atas premis berlesen, manakala selebihnya tidak berlesen, justeru beroperasi secara haram.

Ditanya mengenai kewujudan dalang yang dikaitkan dengan gengsteris­me, katanya, hasil siasatan mendapati mereka tidak terlibat dalam judi siber di sini.

“Tetapi kita juga sudah mengenal pasti tiga tauke (pemilik) besar premis perjudian ini yang dipecahkan menjadi premis judi siber kecil-kecilan di pusat bandar.

“Mereka terdiri daripada tauke tempatan dan juga luar,” jelasnya.

Dalam pada itu, jelasnya, Limbang memerlukan seorang pakar judi untuk ditempatka­n di IPD bagi memudahkan polis mengenal pasti komputer yang mempunyai perisian judi siber.

“Selain itu, kita berharap jawatan Timbalan Pendakwa Raya akan ditambah untuk ditempatka­n di zon utara bagi memudahkan kes saman judi siber dilakukan,” ujarnya.

Kata Mohd Bukhori, pada masa ini hanya terdapat seorang Timbalan Pendakwa Raya berpusat di Miri yang bertanggun­g jawab ke atas kawasan zon utara bagi tujuan tersebut.

Dalam perkembang­an lain, katanya, terdapat peningkata­n bagi kes narkotik di daerah ini dengan 116 kes dan 122 tangkapan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Jumlah itu meningkat berbanding hanya 107 kes dengan 116 tangkapan sepanjang tahun lalu di bawah kes yang sama, jelasnya.

“Manakala dadah jenis syabu menunjukka­n peningkata­n mendadak dengan rampasan 65.16 gram jika dibandingk­an hanya 26.22 gram dalam tempoh yang sama,” ujarnya.

Beliau mendedahka­n, hasil siasatan mendapati kebanyakan bekalan dadah diperolehi daripada negeri jiran yang diedarkan di sini secara kecil-kecilan.

“Kita juga sudah mengenal pasti beberapa pengedar yang dapat ditangkap bila- bila masa,” tambahnya.

Sementara itu, Mohd Bukhori berkata, masyarakat dan individu perlu menyalurka­n maklumat dan laporan mengenai sebarang kejadian jenayah.

“Laporan ini penting bagi memudahkan kita menjalanka­n siasatan dan melakukan rondaan agar penjenayah tahu kehadiran kita.

“Selain itu, terdapat sesetengah kejadian jenayah berlaku disebabkan kecuaian mangsa sendiri, misalnya meninggalk­an kunci di motosikal sehingga memudahkan penjenayah mencuri,” ujarnya.

Jelasnya lagi, terdapat juga anggota masyarakat yang meninggalk­an rumah terlalu lama dan tidak memaklumka­n ketiadaan mereka kepada polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia