Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo Pameran dan Perdaganga­n Sibu Tradex BCF bermula

-

SIBU: Ekspo Pameran dan Perdaganga­n Sibu Tradex Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) Edisi ke-12 yang bermula malam tadi melibatkan kira-kira 100 buah gerai.

Menurut Pengarah Urusan RH Education Sdn Bhd Prisca Leong Soon May yang juga selaku pihak penganjur, ekspo kali ini dianjurkan oleh Cityvine (M) Sdn Bhd dan ia telah diadakan sejak 2008.

“Pameran yang melibatkan produk perniagaan dan perdaganga­n ini adalah yang terbesar di sini.

“Melibatkan hampir 100 wakil syarikat yang masing-masing dengan produk mereka akan berkampung di sini dari 15-24 Ogos ini dari jam 5 petang hingga 11 malam bertempat di Dataran Bandar Sibu Fasa II,” ujarnya semasa sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, antara produk yang dipamerkan di ekspo kali ini ialah produk yang melibatkan automobil, perkakas rumah, fesyen dan kraf tangan, bank dan telekomuni­kasi, pendidikan, kesihatan dan makanan.

“Pameran jentera berat tidak terlibat pada kali ini kerana ia dilihat agak bahaya untuk pameran kerana ia melibatkan ramai pengunjung.

“Kali ini kita cuma melibatkan industri serta produk pameran yang kecil sahaja,” ujarnya.

Selain ekspo pameran itu, pihak penganjur jelasnya, turut mengadakan aktiviti sampingan di atas pentas yang disediakan di situ.

Katanya, ekspo pameran ini akan dirasmikan pada malam ini (malam tadi).

“Pada keesokan malamnya (malam ini) pada 16 Ogos, turut diadakan pertanding­an melukis komik untuk murid dan pelajar sekolah dan persembaha­n dari pelajar SMK Methodist.

“Pada 17 Ogos pula, giliran SMK Sacred Heart akan membuat persembaha­n kebudayaan dan bakat mereka. Turut diadakan juga pertanding­an mewarna untuk muridmurid sekolah pada sebelah petangnya,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, 18-19 Ogos pula giliran Persatuan Taska Bahagian Sibu dan SMK Sibu Jaya akan membuat persembaha­n masing-masing.

“Terdapat banyak juga aktiviti sampingan yang diadakan di pentas utama ekspo ini yang melibatkan pelajar sekolah. Kita bukan sahaja menganjurk­an pameran sep- erti ini tetapi dalam masa yang sama membuka peluang kepada pelajar sekolah serta kanak- kanak tadika/ taska terlibat dalam program ini dengan mempamerka­n bakat mereka.

“Jadi para pengunjung akan berasa terhibur kerana ekspo kali ini turut diselitkan dengan acara lain,” tambahnya.

Sementara itu, Prisca yang mewakili pihak penganjur turut menerima replika cek bagi tajaan menganjurk­an ekspo itu dari Bank RHB Sibu dan Rimbunan Sawit Berhad.

Pegawai Perhubunga­n Korporat Bank RHB Wilayah Sarawak Frankie Nee dan Ketua Akauntan Rimbunan Sawit Berhad Robert Ling masing-masing menyerahka­n replika cek mereka kepada Prisca bagi menjayakan ekspo kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia