Utusan Borneo (Sarawak)

Terus kekal di Etihad

Aguero lanjutkan tempoh kontrak bersama Man City sehingga 2019

-

LONDON, England: Manchester City menerima rangsangan sehari sebelum musim baharu Liga Perdana Inggeris bermula apabila penyerang Argentina Sergio Aguero menandatan­gani kontrak baharu selama lima tahun dengan juara Inggeris itu.

Aguero sekarang terikat dengan City sehingga 2019 dan keputusann­ya untuk menyerahka­n masa depannya bagi jangka panjang kepada kelab Eastlands itu adalah satu bonus besar tatkala mereka bersiap sedia untuk mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana di Newcastle pada malam esok (Ahad). Gol-gol penyerang berusia 26 tahun itu telah memainkan peranan yang signifikan dalam kejayaan City memenangi Liga Perdana sebanyak dua kali sejak tiga tahun lalu, dan jaringanny­a yang paling terkenal adalah cubaan pada waktu kecederaan dalam perlawanan menentang Queens Park Rangers (QPR) yang menjamin kejuaraan pada hari terakhir musim 2011-12. Aguero, bekas penyerang Atletico Madrid, telah dikaitkan dengan satu usaha untuk mem- bawanya balik ke Sepanyol selepas Barcelona dan Real Madrid dilaporkan mengintai bintang tersebut tetapi dia menegaskan dia sentiasa gembira untuk terus kekal bersama City.

“Realiti sebenarnya ialah sejak saya datang ke sini, semasa setiap musim percutian, khabar angin sentiasa ada yang membayangk­an saya mungkin akan kembali ke Sepanyol,” kata Aguero dalam laman sesawang City.

“Spekulasi ini sentiasa wujud tetapi sudah tentulah saya tidak pernah memberi perhatian kepadanya.

“Orang mendengar perkara ini berkisar dan mereka memandangn­ya dengan serius tetapi saya dapat memberitah­u penyokong dan semua orang di City untuk bertenang, saya akan berada di sini sehingga saya tamat kontrak.”

Aguero mengikuti langkah Samir Nasri, Vincent Kompany dan David Silva yang melanjutka­n kontrak masingmasi­ng sejak beberapa bulan lalu.

Sejak dia tiba pada 2011, Aguero sudah menjulang dua kejuaraan Liga Perdana, Piala Liga dan Community Shield.

Dalam tempoh itu, dia melakukan 122 penampilan dan menjaringk­an 75 gol.

“Setiap tahun, saya berusaha untuk mengatasi tahun sebelum itu. Musim lepas tidak dapat dipercayai tetapi saya bukan sahaja berpuas hati dengan dua kejuaraan Liga Perdana, saya mahu lebih lagi dan saya dapat mencapainy­a di sini di samping rakan-rakan sepasukan,” tambah Aguero.

“Kelab ini istimewa; penyokong, stadium, kakitangan, suasana ini – segalanya.

“Kami telah menikmati banyak kejayaan dan beberapa ketika yang tidak dapat dipercayai tetapi visi keseluruha­n bagi masa depan dan hala tuju kami adalah sebab-sebab kenapa saya mahu kekal di sini, untuk memenangi piala dan terus melakar sejarah pada tahun-tahun saya yang terbaik.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Pemain pertahanan Borussia Dortmund Sokratis cuba menenangka­n pemain tengah Bayern Munich Martinez pada perlawanan Piala Super Jerman di antara Borussia Dortmund dan Bayern Munich di Dortmund.
ANTONIO CONTE
— Gambar AFP Pemain pertahanan Borussia Dortmund Sokratis cuba menenangka­n pemain tengah Bayern Munich Martinez pada perlawanan Piala Super Jerman di antara Borussia Dortmund dan Bayern Munich di Dortmund. ANTONIO CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia