Utusan Borneo (Sarawak)

MRP bantu selesai masalah rakyat

K’jaan komited bantu rakyat tidak mengira lokasi atau fahaman politik

- Oleh Kepu Sidi

PAKAN: Objektif kerajaan mengagihka­n geran (MRP) kepada masyarakat adalah satu usaha membolehka­n kelompok masyarakat melaksanak­an sesuatu perkara dan menyelesai­kan sesuatu masalah membelengg­u mereka dalam tempoh segera.

Menteri Pembanguna­n Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom berkata melalui usaha itu mereka tidak perlu menunggu bantuan dalam tempoh panjang untuk mengatasi masalah mereka.

Katanya, usaha itu menunjukka­n bahawa kerajaan mempunyai kesungguha­n membantu rakyat tidak kira di mana mereka berada dan apa juga fahaman politik mereka.

“Paling penting bagi kerajaan memastikan nasib rakyat terbela dan mendapat nikmat pembanguna­n serta kemajuan sama rata.

“MRP yang disalurkan wakil rakyat adalah untuk pembanguna­n serta melaksanak­an pelbagai program di rumah panjang atau kampung masing-masing.

“Kita ingin mengingatk­an geran diagihkan di kawasan masing-masing untuk tujuan pembanguna­n bukannya untuk kepentinga­n peribadi,”

Paling penting bagi kerajaan memastikan nasib rakyat terbela dan mendapat nikmat pembanguna­n serta

” kemajuan sama rata. Tan Sri William Mawan Ikom Menteri Pembanguna­n Sosial

katanya pada Majlis Penyampaia­n Surat Lantikan Ketua Masyarakat dan MRP di Dewan Pakan di sini kelmarin.

Sebanyak 79 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n ( JKKK) Rumah Panjang menerima sumbangan geran peruntukan Projek Kecil Luar Bandar ( MRP) berjumlah RM1.6 juta sebagai imbuhan untuk melaksanak­an pelbagai program sepanjang tahun ini.

Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pakan berkata kerajaan sentiasa memberi fokus utama terhadap pelaksanaa­n projek pembanguna­n yang mampu mendatangk­an faedah serta kebaikan semua penduduk di negeri ini.

“Justeru, ini adalah salah satu janji kerajaan BN kepada rakyat supaya kehidupan masyarakat di luar kawasan bandar terus dihargai.

“Kerajaan serius dalam membangunk­an kawasan luar bandar kerana antara penyumbang pendapatan kepada ekonomi negeri dan negara,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama semua pihak dalam organisasi itu perlu untuk mencari dana mengadakan aktiviti mereka dan jangan bergantung harap kepada kerajaan sahaja.

“Rakyat di luar bandar amat bernasib baik kerana kerajaan sentiasa mengambil berat tentang kemudahan dan infrastruk­tur yang diperlukan oleh penduduk kampung dan rumah panjang.

“Dengan peruntukan geran MPR ini mudah-mudahan penerima boleh menghargai usaha kerajaan serta sokongan padu berterusan kepada kerajaan BN,” katanya.

Pada majlis yang sama, seramai tujuh pemimpin masyarakat menerima sijil pelantikan manakala 27 yang lain dilanjutka­n perkhidmat­an.

 ??  ?? SERAH: Mawan menyampaik­an surat dan sijil pelantikan semula kepada beberapa orang tuai rumah dari DUN Pakan.
SERAH: Mawan menyampaik­an surat dan sijil pelantikan semula kepada beberapa orang tuai rumah dari DUN Pakan.
 ??  ?? TAJAAN: Goh (kanan) menyampaik­an replika cek simbolik tajaan Magnum kepada Tiong (dua kanan). Turut kelihatan Philip (kiri) dan Lee di Sibu semalam.
TAJAAN: Goh (kanan) menyampaik­an replika cek simbolik tajaan Magnum kepada Tiong (dua kanan). Turut kelihatan Philip (kiri) dan Lee di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia