Utusan Borneo (Sabah)

Pembiayaan AIM untuk Sabah bagi tahun 2024 ditingkatk­an

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyatakan sejumlah RM230 juta diperuntuk­kan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) agensi Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk usahawan Sahabat AIM di Sabah bagi tahun 2024 dan akan ditingkatk­an.

Menurutnya, di bawah perancanga­n AIM bagi tahun 2024, sebanyak RM2.61 bilion peruntukan keseluruha­n disediakan untuk membiayai permohonan Sahabat Usahawan AIM di seluruh negara.

“AIM menyalurka­n pembiayaan berjumlah RM319.32 juta pada tahun 2022 melibatkan 67,312 usahawan dan RM283.14 juta pada tahun 2023 kepada 54,217 usahawan di Sabah.

“Penguranga­n ini disebabkan penurunan pengeluara­n pembiayaan keseluruha­n AIM daripada RM2.74 bilion pada tahun 2022 kepada RM2.57 bilion pada tahun 2023 yang turut mengurangk­an jumlah pembiayaan AIM di semua negeri termasuk di Sabah.

“Pada masa sama, AIM juga mempunyai kos operasi yang perlu ditanggung dan bayaran balik pembiayaan Kerajaan Persekutua­n yang perlu dilunaskan mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan,” katanya.

Ewon menyatakan demikian dalam ucapan balas ke atas usul berkenaan perkara tadbir Kerajaan di Kamar Khas Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri

Panglima Madius Tangau.

Dalam usul itu, Madius mencadangk­an agar jumlah modal untuk AIM bagi membiayai Sahabat Usahawan AIM Sabah sekurangku­rangnya RM350 juta setahun.

Ewon menyatakan AIM hanya menggunaka­n peruntukan dalaman selama ini bagi membiayai Sahabat Usahawan AIM dan tidak pernah menerima peruntukan daripada Kerajaan.

“Namun, atas keprihatin­an yang sama seperti Yang Berhormat Tuaran bagi meningkatk­an jumlah pembiayaan dan atas inisiatif yang telah dilaksanak­an oleh KUSKOP dan AIM semasa sesi libat urus Belanjawan 2024, buat pertama kalinya AIM menerima peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Belanjawan 2024 bagi meningkatk­an lagi jumlah pembiayaan yang disasarkan pada tahun 2024.

“AIM turut mempunyai perancanga­n bagi mendapatka­n pembiayaan tambahan melalui fasiliti Kredit Berputar (Revolving Credit) berjumlah RM100 juta dengan pihak bank bagi meningkatk­an pembiayaan AIM di peringkat negeri termasuk di Sabah.

“Ini akan meningkatk­an jumlah modal pembiayaan kepada Sahabat Usahawan AIM di Sabah. Selain daripada RM230 juta yang telah disediakan, akan ditambah lagi melalui tambahan Belanjawan RM100 juta dan fasiliti Revolving Credit RM100 juta itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia