Utusan Borneo (Sabah)

Juara Pertanding­an Kebudayaan MSKPPM Ke-49 milik Sabah

-

KOTA KINABALU: Pentas Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah menyaksika­n Juara Pertanding­an Kebudayaan Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Malaysia (MSKPPM) peringkat kebangsaan ke-49 Tahun 2024 menjadi milik Kontinjen Sabah.

Selain itu, Negeri di Bawah Bayu itu turut merangkul empat anugerah lain, iaitu Anugerah Vokalis Terbaik, Anugerah Drummer Terbaik, Anugerah Gubahan Muzik Terbaik dan Anugerah Kumpulan Tarian Terbaik.

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk

Dr. Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah.

Beliau diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Abidin Marjan.

“Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang menjadi tuan rumah pertemuan atau perhimpuna­n yang besar dari seluruh Malaysia.

“Apa yang penting, perhimpuna­n seumpama ini dapat menjalin silaturahi­m dalam kalangan pegawai pegawai perkhidmat­an pendidikan, warga pendidikan di seluruh negara yang hadir di Sabah lebih 2,000 orang.

“Sabah selalu menang dan inilah keistimewa­an Negeri Sabah, tahun ini menang dalam persembaha­n sangat bagus, hebat dan mungkin diketengah­kan di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Dalam pertanding­an itu, naib juara disandang oleh Kontinjen Selangor yang juga memenangi Anugerah Bass Terbaik, Percussion Terbaik dan Anugerah Penari Terbaik Wanita diikuti Kontinjen Wilayah Persekutua­n Labuan dan Kontinjen Sarawak masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Walaupun hanya berada di tempat keempat, Kontinjen Bumi Kenyalang masih berbangga dengan kejayaan dua anugerah iaitu Anugerah

Gitaris Terbaik dan Penari Terbaik Lelaki.

Manakala Anugerah Kibod Terbaik dan Anugerah Busana Terbaik yang diraih Kontinjen Kedah pula memberi sedikit kelegaan kepada negeri Jelapang Padi itu walaupun tidak memenangi sebarang tempat.

MSKPPM ke-49 mempamerka­n persembaha­n terbaik daripada 10 kontinjen terdiri daripada Pahang, Perak, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Wilayah Persekutua­n Labuan, Selangor, Sabah, Sarawak serta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (MESCA). — Penerangan

 ?? ?? RAMPAS: Semua barang kosmetik yang dirampas dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.
RAMPAS: Semua barang kosmetik yang dirampas dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia