Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Parlimen harap persidanga­n berjalan lancar, semua patuhi SOP

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat diharapkan berjalan lancar dengan semua ahlinya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini, perkara itu dimaklumka­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi ciapan di Twitter rasminya.

“Saya harap persidanga­n Parlimen kali ini akan terus berjalan dengan selamat dan lancar.

“Saya juga ingin mengingatk­an semua Ahli Dewan agar mematuhi SOP pelaksanaa­n persidanga­n Parlimen yang ditetapkan dengan mengambil kira pandangan MKN (Majlis Keselamata­n Negara) dan Kementeria­n Kesihatan dengan teliti, dan menjadi contoh baik kepada rakyat,” katanya.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang memberitah­u beliau mengikuti sidang Parlimen minggu ini dari rumah kerana menjalani kurantin kendiri setelah tersenarai sebagai kontak rapat COVID-19.

“Moga urusan persidanga­n berjalan lancar dan selamat dari wabak COVID-19,” katanya dalam ciapan di Twitter semalam.

Ketua pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan ringkas berharap institusi Parlimen terus utuh dan dijunjung sebagai antara elemen penting demokrasi berparlime­n dan negara hukum.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menerusi akaun Facebookny­a berkata beliau akan mengangkat suara rakyat di Dewan Rakyat untuk didengari serta diberi perhatian oleh kerajaan.

Beliau berkata Parlimen sebagai lambang struktur demokrasi negara serta cerminan aspirasi rakyat tidak sesekali boleh diperkotak­katikkan.

“Malaysia sebuah negara berdaulat dan berperlemb­agaan yang mengamalka­n demokrasi berparlime­n. Semoga Allah memudahkan segala urusan demi kepentinga­n rakyat dan masa depan negara tercinta,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara Senator Khairil Nizam Khirudin menjunjung kasih titah nasihat Seri Paduka agar semua Ahli Parlimen mengamalka­n demokrasi bermusyawa­rah dalam mencari penyelesai­an kepada permasalah­an negara.

Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming dalam ciapan di Twitternya mengingatk­an tanggungja­wab Ahli Parlimen untuk menjaga integriti institusi negara.

“Parlimen adalah simbol kemerdekaa­n negara, institusi perundanga­n dan tempat membawa suara rakyat,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong dalam titah ucapan pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke- 14 semalam antara lain menasihatk­an semua pihak supaya mengamalka­n demokrasi bermusyawa­rah dalam mencari penyelesai­an kepada apa jua permasalah­an.

Justeru, Seri Paduka menyambut baik keterbukaa­n kerajaan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara.

 ?? — Gambar Bernama ?? MULAKAN PERSIDANGA­N: Barisan Ahli Parlimen mengaminka­n bacaan doa pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama MULAKAN PERSIDANGA­N: Barisan Ahli Parlimen mengaminka­n bacaan doa pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia