Utusan Borneo (Sabah)

Segera dapatkan vaksin COVID-19 demi keselamata­n

- Oleh Yap Siong Han

SANDAKAN: Rakyat Sandakan perlu segera mendapatka­n vaksin COVID- 19 dalam agar mampu melindungi keselamata­n diri, keluarga serta rakan-rakan.

Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Elopura, Chong Nyuk Fong berkata, mereka yang sudah lengkap vaksin perlu sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Walaupun sudah lengkap dua dos vaksin, anda masih boleh dijangkiti COVID-19 tetapi hanya gejala kecil dan kurangnya risiko kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Chong sebelum itu telah dipilih sebagai Pengerusi baharu LDP Elopura dalam satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan secara maya kelmarin.

Bahagian itu juga meluluskan usul bagi menyokong penyandang Presiden LDP Datuk Chin Su Phin untuk kekal sebagai Presiden dan Setiausaha Agung Datuk Yong Wui Chung sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti akan datang.

Chong berterima kasih kepada semua ahli jawatankua­sa bahagian yang memilihnya sebagai pengerusi baharu.

Beliau berjanji akan bekerja rapat dengan ahli jawatankua­sa baharu untuk memberikan perkhidmat­an lebih baik kepada rakyat Elopura.

Hadir sama dalam AGM itu ialah Chin dan Speaker merangkap Wakil Jawatankua­sa Pemilihan Datuk Lai Vai Ming.

Jawatankua­sa LDP Elopura (2021-2024) ialah Pengerusi Chong Nyuk Fong, Timbalan Pengerusi Tan Kok Tung, Naib-Naib Pengerusi Lye Wing Kit, Wong Chan Kwong dan Chong Kim Ming.

Ketua Pemuda Liew Vui Yung, Ketua Wanita Lee Siu Fong, Setiausaha, Chung Shak Mee, Pembantu Setiausaha Jacklyn Lee Ying Ying, Bendahari Michelle Chin Mei Yee, Pembantu Bendahari Ng Kian Hyenn, Penerangan Wong Kah Yee dan Pembantu Penerangan Wong Sou Hung.

Antara Ahli Jawatankua­sa ialah Chin Min Keet, Tan Tshun Hui, Lee Sze Wei, Samuel Foo Tung Ming, Ng Lee Fong, Yong Yu Wing, Ng Kian Tsung dan Pang Sei Lok serta juruaudit ialah Edwin Kong En Wing.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia