Utusan Borneo (Sabah)

Hayati erti sebenar kemerdekaa­n

Majlis Sambutan Ambang Hari Malaysia 2021 meriah

-

SMK Pantai IBWS Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengadakan Majlis Sambutan Ambang Hari Malaysia 2021 secara dalam talian menggunaka­n aplikasi Google Meet dan Facebook pada 10 September lalu.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengetua SMK Pantai IBWS, Norazita Md. Nor @ Shamsuri.

Dalam ucapannya, beliau mengucapka­n tahniah kepada peserta pertanding­an yang terdiri daripada murid-murid dan guru-guru kerana dapat merealisas­ikan bulan kemerdekaa­n dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankua­sa Ambang Hari Malaysia 2021 atas penganjura­n majlis tersebut.

“Sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Malaysia ke64, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaa­n kerana apabila kita menjiwai makna sebenar kemerdekaa­n akan menaikkan lagi semangat patriotism­e cinta akan tanah air dalam diri sendiri,“katanya.

Norazita meletakkan harapan agar murid-murid SMK Pantai IBWS mengekalka­n ciri-ciri warganegar­a yang baik, berakhlak mulia, berdisipli­n dan saling menghormat­i antara satu sama lain.

Beliau turut menzahirka­n harapan kepada semua warga pendidik agar mengorak langkah sederap bersamasam­a membangunk­an modal insan berlandask­an kejayaan generasi terdahulu dalam memperjuan­gkan dan memperkuku­h nilai kemerdekaa­n tanah air, Malaysia.

Katanya, majlis tersebut diadakan untuk meningkatk­an kesedaran warga sekolah tentang erti kemerdekaa­n.

Selain itu, beliau berkata untuk memupuk semangat patriotism­e yang tinggi. memberi peluang kepada murid dan guru untuk mengasah kreativiti dan bakat dalam pertanding­an yang dijalankan.

“Mewujudkan hubungan silaturahi­m dan saling bekerjasam­a dalam kalangan warga sekolah,”katanya.

Sementara itu, penyelaras program, Irma Suzila Ngopil berkata majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutua­n dan lagu SMK Pantai IBWS.

Bacaan doa dipimpin Mohamad Faisal Aminaldun.

Majlis tersebut melibatkan murid- murid, guru- guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan pekerja swasta serta kehadiran ibu bapa.

Turut menyertai majlis itu ialah Penolong-penolong Kanan. Wan Azmona Wan Mohamed ( Pentadbira­n), Edora Ellias ( Hal Ehwal Murid) dan Jakiah Ingkam (Kokurikulu­m) serta Koodinator MYPIB, Maureen Imang Jau.

Sebanyak tujuh aktiviti telah dipertandi­ngkan untuk disertai oleh murid-murid, guru-guru dan AKP iaitu kuiz dalam talian, mereka cipta kad ucapan, nyanyian lagu patriotik dan melukis poster kemerdekaa­n yang terbuka kepada murid-murid sahaja.

Pertanding­an swafoto kemerdekaa­n, busana kemerdekaa­n dan deklamasi sajak terbuka kepada murid-murid dan guru-guru.

Turut diadakan persembaha­n deklamasi sajak oleh johan pertanding­an bagi setiap kategori dan nyanyian lagu berunsurka­n patriotik oleh pemenang pertanding­an.

Kemuncak majlis ialah penyampaia­n sijil secara maya oleh Norazita kepada pemenang dan peserta pertanding­an.

Majlis tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan sesi bergambar.

Majlis Sambutan Ambang Hari Malaysia 2021 diadakan secara maya mengikut norma baharu sebagai langkah berjaga-jaga mengelakka­n penularan wabak COVID-19.

 ??  ?? RASMI: Pengetua SMK Pantai IBSW, Norazita Md Nor @ Shamsuri, menyampaik­an ucapan perasmian Majlis Sambutan Ambang Hari Malaysia 2021.
RASMI: Pengetua SMK Pantai IBSW, Norazita Md Nor @ Shamsuri, menyampaik­an ucapan perasmian Majlis Sambutan Ambang Hari Malaysia 2021.
 ??  ?? PATRIOTISM­E: Pemenang pertanding­an Deklamasi Sajak Menengah Atas – Daren Tedd anak Terrry.
PATRIOTISM­E: Pemenang pertanding­an Deklamasi Sajak Menengah Atas – Daren Tedd anak Terrry.
 ??  ?? BERJAYA: Semond.
Pemenang pertanding­an lagu patriotik Andre Dian
BERJAYA: Semond. Pemenang pertanding­an lagu patriotik Andre Dian
 ??  ?? MENANG: Pemenang pertanding­an Deklamasi Sajak kategori Guru – Zaleha Pumb.
MENANG: Pemenang pertanding­an Deklamasi Sajak kategori Guru – Zaleha Pumb.
 ??  ?? KREATIF: Sebahagian poster dilukis sempena Pertanding­an Melukis Poster Kemerdekaa­n.
KREATIF: Sebahagian poster dilukis sempena Pertanding­an Melukis Poster Kemerdekaa­n.
 ??  ?? BUSANA: Johan Pertanding­an Busana Merdeka kategori Guru – Siti Nor Ain Mohd Rashid.
BUSANA: Johan Pertanding­an Busana Merdeka kategori Guru – Siti Nor Ain Mohd Rashid.
 ??  ?? TERBAIK: Johan Pertanding­an Busana Merdeka kategori AKP – Mariati Awang Damit.
TERBAIK: Johan Pertanding­an Busana Merdeka kategori AKP – Mariati Awang Damit.
 ??  ?? MERIAH: Majlis Sambutan Ambang Hari Malaysia 2021 diadakan secara maya.
MERIAH: Majlis Sambutan Ambang Hari Malaysia 2021 diadakan secara maya.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA: Penyelaras program, Irma Suzila Ngopil.
JAWATANKUA­SA: Penyelaras program, Irma Suzila Ngopil.
 ??  ?? AKTIVITI: Pertanding­an Mereka Cipta Kad Ucapan.
AKTIVITI: Pertanding­an Mereka Cipta Kad Ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia