Utusan Borneo (Sabah)

JHEAINS serah sumbangan hargai pengorbana­n barisan hadapan

-

TUARAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) melalui Program Ziarah Hijrah menzahirka­n penghargaa­n terhadap pengorbana­n petugas barisan hadapan khususnya di daerah ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah sebesar nilai pengorbana­n yang dilakukan petugas barisan hadapan, namun diharap ia sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat mereka.

“Walaupun tidaklah terlalu besar nilai yang kita sumbangkan, tetapi pengertian daripada penyampaia­n sumbangan ini sangat penting iaitu diiktiraf, dihormati dan dihargai.

“Mereka adalah barisan hadapan yang mengabdika­n keselesaan diri bagi memberi peluang kepada masyarakat hidup dalam keadaan yang terkawal dan terpelihar­a.

“Hari ini, kita sempat menyantuni kumpulanku­mpulan yang berlainan dan semoga ia dapat memberi semangat untuk mereka terus berkhidmat dalam memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya ( SJR) Tamparuli- Ranau dan SJR Tenghilan- Kota Belud di sini, pada Sabtu lepas.

Jahid berkata, JHEAINS kini tidak lagi terhad kepada program keagamaan, ceramah ataupun program dalam surau dan masjid sahaja, tetapi turut membantu dalam urusan-urusan berkaitan masalah masa kini seperti meringanka­n beban mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Dalam program berkenaan, Jahid turut mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Hamdan Tamparuli, Klinik Pekan Tamparuli dan Klinik Pekan Tenghilan.

Program Ziarah Hijrah dalah anjuran JHEAINS Daerah Tamparuli dengan kerjasama Pertubuhan MyAmal Sabah sempena Sambutan Maal Hijrah.

Hadir sama, Pengarah JHEAINS Sabah Datuk Saifulzama­n Sangul; Pengerusi Penganjur Program Ziarah Suffian Kundu dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran Malina Jamarin.

 ??  ?? LAWAT: Jahid (kanan) semasa mengadakan lawatan di SJR Tenghilan-Kota Belud.
LAWAT: Jahid (kanan) semasa mengadakan lawatan di SJR Tenghilan-Kota Belud.
 ??  ?? SUMBANGAN: Saifulzama­n (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada petugas SJR sambil diperhatik­an Jahid (tengah).
SUMBANGAN: Saifulzama­n (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada petugas SJR sambil diperhatik­an Jahid (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia