Utusan Borneo (Sabah)

Sabah rekod penurunan kes baharu COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan penurunan kes baharu COVID-19 dengan jumlah 1,717 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah itu menunjukka­n penurunan sebanyak 446 kes berbanding hari 11 September lepas.

“Bagaimanap­un, terdapat beberapa daerah mencatatka­n kenaikan kes dan terdapat juga merekodkan penurunan kes.

“Daerah yang mencatatka­n penurunan kes termasuk Kota Kinabalu turun 194 kes, Papar 19 kes, Kota Marudu 55 kes, Lahad Datu 42 kes, Putatan 39 kes, Kudat 32 kes dan Keningau 14 kes.

“Sandakan mencatatka­n kes tertinggi di Sabah dengan 255 kes, Tuaran meningkat 36 kes, Pitas 11 kes, Kinabatang­an 28 kes dan Tambunan meningkat sebanyak enam kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah kes semalam, 658 kes adalah kes lewat daftar di antara dua sehingga tiga hari, 49 kes lewat daftar di antara empat sehingga lima hari dan 67 kes lewat didaftar melebihi lima hari selepas keputusan saringan diketahui.

Katanya, 977 daripada 1,717 kes yang direkodkan diperoleh melalui saringan kontak rapat, 464 kes melalui saringan bergejala, 67 kes daripada kluster-kluster sedia ada, dua kes melalui saringan bersasar dan 207 kes melalui saringan lain-lain.

“Terdapat 25 kes yang melibatkan Orang Kena Tahan (OKT). 45.5 peratus daripada kes-kes di Tawau datang daripada saringan bergejala, 44.1 peratus di Penampang, 29.7 peratus di Kota Kinabalu dan 29.4 peratus di Sandakan.

“Seramai 557 orang daripada 1,717 pesakit adalah dalam kategori satu, 1,026 orang dalam kategori dua, sembilan orang dalam kategori tiga, 11 orang dalam kategori empat dan tujuh orang dalam kategori lima. Sebanyak 107 kes lagi masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia