Rasuah Busters disertai lebih 400 NGO
Penubuhan pasukan berkenaan satu kejayaan besar, berjaya tarik banyak NGO: Ketua pasukan
SHAH ALAM: Pasukan Rasuah Busters telah bekerjasama dengan lebih 400 badan bukan kerajaan ( NGO) yang besar dan kukuh sejak pelancaran pasukan tersebut, enam bulan lepas.
Ketua Pasukan Rasuah Busters Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata susulan itu, beliau menyifatkan penubuhan pasukan Rasuah Busters adalah kejayaan yang besar dan berjaya menarik banyak NGO menyertai gabungan pasukan berkenaan.
“Jawapan saya mudah, kita dah enam bulan (penubuhan), peringkat pertama adalah peringkat kesedaran dan saya kira dari segi itu kita sudah capai satu kejayaan yang besar kerana kalau tidak berjaya, tak akan ada 400 NGO termasuk NGO yang besar serta kukuh datang bekerjasama dengan kita,” katanya pada sesi soal jawab selepas Majlis Pelancaran Gerakan Politik #MalaysiaTanpaRasuah di sini, semalam.
Dalam pada itu, ketika ditanya pandangan pihaknya berhubung tawaran kerajaan Persekutuan terhadap tujuh Transformasi Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin, Hussamuddin memaklumkan Rasuah Busters menyokong tawaran tersebut.
“Apa yang ditawarkan oleh kerajaan Persekutuan, itu yang kami (Rasuah Busters) mahukan dan sila laksanakannya. Mereka sendiri (kerajaan pusat) menawarkan tawaran tersebut dan parti pembangkang juga mesti menyokong,” katanya.
Dalam pada itu, seorang daripada moderator yang juga ahli gabungan Rasuah Busters, Timbalan Presiden Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) Badlishah Sham Baharin berkata, pendidikan rasuah harus dilaksanakan secara formal iaitu melalui pendidikan di sekolah dan juga agensi penguatkuasaan.
“Pendidikan tidak formal harus bermula dari rumah. Kalau di rumah itu telah tertanam nilai-nilai murni dan bencikan dan perangi rasuah maka anak- anak sudah (terbiasa) untuk membawa nilai ini apabila di luar,” katanya.
Terdahulu, pasukan Rasuah Busters meneruskan misi membawa nilai transformasi melalui inisiatif politik #MalaysiaTanpaRasuah membawa enam tuntutan kepada ahli Parlimen iaitu pelaksanaan dan sokongan penuh ke atas Pelan Antirasuah Nasional (NACP); mempercepatkan pembentangan dan pelaksanaan Akta Pembiayaan Dana Politik serta memastikan kebebasan dan ketelusan institusi antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan
“
Jawapan saya mudah, kita dah enam bulan (penubuhan), peringkat pertama adalah peringkat kesedaran dan saya kira dari segi itu kita sudah capai satu kejayaan yang besar kerana kalau tidak berjaya, tak akan ada 400 NGO termasuk NGO yang
”
besar serta kukuh datang bekerjasama dengan kita.
Datuk Dr Hussamuddin Yaacub Ketua Pasukan Rasuah Busters
Peguam Negara.
Tuntutan keempat Rasuah Busters ialah memperkenalkan dan mengadakan pilihan raya pecat sebagai alternatif kepada Akta Anti Lompat Parti; pelaksanaan dan pemerkasaan Undi 18 dan melaksanakan reformasi Parlimen yang mana tuntutan itu dibentang oleh BERSIH 2.0; Gabungan Bertindak Malaysia; Center to Combat Corruption & Cronysm: Transparency International Malaysia; Institute for Democracy and Economic Affairs dan Undi18.