Utusan Borneo (Sabah)

Reformasi Parlimen dari Perspektif Sabah

-

Yayasan WISDOM menyeru Kerajaan Persekutua­n untuk bertindak mereformas­i Parlimen Malaysia dengan mempertimb­angkan perspektif Sabah berdasarka­n semangat pembentuka­n Malaysia seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pengerusi Eksekutif Yayasan WISDOM Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, Sabah dan Sarawak memiliki keluasan tanah terbesar di Malaysia, merangkumi 60 perarus daripada keseluruha­n negara ini.

Menurutnya, kedua-dua negeri ini juga sangat kaya dengan sumber semula jadi. Namun malangnya, rakyat terutamany­a di Sabah masih lagi menjadi rakyat termiskin di Malaysia.

“Walaupun kita akan menyambut Hari Malaysia ke-58 pada 16 September ini, Sabah tetap menjadi negeri dengan kadar kemiskinan tertinggi pada kadar 25.3 peratus iaitu hampir dua kali ganda peratusan negeri Sarawak pada 2020 iaitu 12.9 peratus berdasarka­n laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Ini jelas menunjukka­n ada keperluan penting untuk suara dan pengundian yang lebih besar daripada wakil rakyat dan Senator dari Sabah dan Sarawak di dalam Parlimen.

“Pada 1963, Dewan Rakyat terdiri daripada 159 kerusi ketika Malaysia dibentuk iaitu 104 kerusi untuk Tanah Melayu, 16 kerusi untuk Sabah, 24 kerusi untuk Sarawak, dan 15 kerusi untuk Singapura,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu beliau berkata, berdasarka­n penetapan itu, hanya 34 peratus kerusi Parlimen mewakili kawasan pilihan raya dari luar Tanah Melayu dan ketika Singapura berpisah dari Malaysia, peratusan ini turun menjadi 25 peratus.

Menurutnya, Dewan Rakyat hari ini terdiri daripada 222 kerusi iaitu 166 kerusi untuk Semenanjun­g, 25 kerusi untuk Sabah, dan 31 kerusi untuk Sarawak.

Tetapi jelasnya, peratusan kerusi Parlimen yang bukan dari Semenanjun­g hanya kekal 25 peratus dan Sabah hanya memiliki 11 peratus sementara Sarawak memiliki 14 peratus sahaja.

“Parlimen memerlukan banyak reformasi untuk mendapatka­n kembali zaman kegemilang­annya sebagai cabang perundanga­n yang bebas.

“Justeru kerajaan Persekutua­n perlu mengambil perhatian terhadap ketidaksei­mbangan dalam pembahagia­n kerusi di antara negeri-negeri di Malaysia.

“Sabah dan Sarawak seharusnya menjadi rakan setara dengan Tanah Melayu, malangnya sejak awal lagi, jumlah kerusi tidak dibahagika­n secara sama rata berbanding Tanah Melayu yang mempunyai dua per tiga daripada jumlah keseluruha­n kerusi di Parlimen,” jelasnya.

Madius berkata, bagi mendapatka­n kembali status rakan setara, apa yang boleh dilakukan termasukla­h meningkatk­an jumlah pewakilan rakyat Sabah dan Sarawak di Senat daripada sembilan kepada 24 anggota, iaitu penambahan lantikan sebanyak 15 Senator.

Beliau berkata, Yayasan WISDOM sangat mendesak kerajaan Persekutua­n untuk melakukan reformasi Parlimen untuk memastikan Parlimen akan memberikan sumbangan yang berkesan demi pembanguna­n negara.

 ??  ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia