Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikaln­ya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan pada Sabtu lepas.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 8.20 malam di simpang Klinik Manggatal/ Kokol Jalan Tuaran dekat sini.

Mangsa yang dikenali sebagai Gelbrt Gomili, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 8.51 malam oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten

Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, pemandu kereta terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Tuaran menghala ke Kolombong.

Bagaimanap­un katanya, semasa pemandu berada di lorong sebelah kanan menghala ke Kolombong, secara tiba-tiba mangsa keluar dari susur pusingan U menyebabka­n pemandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak.

“Akibatnya, motosikal mangsa dilanggar kereta terbabit dan mangsa tercampak ke hadapan jalan di lorong sebelah kanan.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke Unit Forensik HQE untuk disaring ujian calitan (swab test) COVID-19 dan dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi mengesahka­n kejadian di sini kelmarin.

Beliau berkata, keduadua mangsa dan pemandu kereta tidak disyaki mabuk dan hasil siasatan lanjut mendapati punca kemalangan disebabkan oleh mangsa sendiri yang keluar simpang secara tiba-tiba hingga berlakunya kemalangan dan kematian.

Namun pihaknya akan meneruskan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? MOHD ZAIDI
MOHD ZAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia