Utusan Borneo (Sabah)

Tiga rumah terbakar di Kg Sri Pandan Putatan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

PENAMPANG: Tiga keluarga diuji pada bulan Ramadan apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sri Pandan Putatan di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zainal@ John Radsung berkata, panggilan kecemasan diterima jam 1.58 petang dan seramai 13 pegawai serta anggota lain-lain pangkat dari BBP Penampang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Maklumat awal hanya membabitka­n sebuah rumah bagaimanap­un semasa ketibaan anggota bomba, api sudah memusnahka­n tiga rumah jenis tidak kekal di kawasan ini.

“Difahamkan api berpunca dari rumah di bahagian sebelah depan sebelum merebak ke sebelah kiri lokasi kebakaran berkenaan,” katanya sambil menambah operasi pemadaman turut dibantu lapan anggota dari BBP Kota Kinabalu.

Menurutnya, pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudianny­a segera melaksanak­an pemadaman bagaimanap­un operasi tidak dapat dilakukan dengan lancar berikutan tekanan air pada pili bomba adalah rendah.

“Jentera kita juga tidak dapat masuk ke lokasi kejadian berikutan laluan ke kawasan ini sangat sempit dan kita hanya bergantung kepada pili bomba di kawasan ini.

“Operasi bagaimanap­un berjaya dikawal jam 2.45 petang dan dua rumah musnah keseluruha­n manakala rumah terakhir terjejas sebanyak 50 peratus.

“Kejadian menjejaska­n tiga keluarga yang terdiri daripada 22 penghuni keseluruha­n,” katanya sambil menambah jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tambahnya, enam pasukan forensik dari ibu pejabat serta zon turut berada di lokasi bagi melakukan siasatan berkenaan punca kejadian.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya akan membantu keperluan tiga keluarga mangsa kebakaran dalam kejadian ini.

“Kita difahamkan kesemua mangsa akan menumpang di rumah keluarga masing-masing dan pihak Jabatan Kebajikan Am akan memberi bantuan berbentuk keperluan asas kepada mangsa dalam tempoh terdekat manakala kita juga akan menilai bantuan lain dari semasa ke semasa mengikut keadaan,” katanya yang turut ditemui di lokasi kejadian.

Dalam pada itu salah seorang mangsa kebakaran Haji Sahidi berkata, kejadian disedari anaknya yang berada di tingkat atas sebelum memaklumka­n biliknya di bahagian tengah terbakar.

“Semasa kejadian kami sedang tidur di tingkat bawah dan segera melihat kebakaran bagaimanap­un api sudah merebak dan kami terpaksa tinggalkan rumah dengan segera.

“Tiada harta benda yang sempat diselamatk­an dan kami hanya keluar sehelai sepinggang menyelamat­kan diri terlebih dahulu,” katanya.

 ??  ?? TERBAKAR: Api marak memusnahka­n tiga rumah di Kampung Sri Pandan Putatan.
TERBAKAR: Api marak memusnahka­n tiga rumah di Kampung Sri Pandan Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia