Utusan Borneo (Sabah)

Polis cadang sekolah abai SOP hingga cetus kluster baharu dikompaun

-

KUANTAN: Polis Pahang mencadangk­an tindakan kompaun dikenakan terhadap sekolah yang mengabaika­n prosedur operasi standard (SOP) sehingga mencetuska­n kluster baharu COVID-19 di institusi pendidikan tersebut.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, cadangan itu akan dikemukaka­n kepada Jawatankua­sa Task Force COVID-19 negeri yang dipengerus­ikan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak dalam masa terdekat.

“Polissebol­eh-bolehnyati­dak mahu mengeluark­an kompaun, namun tindakan ini dilihat sebagai langkah terakhir kita memastikan semua pihak bertanggun­gjawab mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak berlaku kluster baharu di sekolah.

“Selain polis dan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu peka dengansitu­asianak.Jikamereka bergejala atau tidak sihat, jangan benarkan anak ke sekolah kerana ia berisiko mengakibat­kan perkara tidak diingini yang seterusnya menyukarka­n pihak lain,” katanya.

Abd Jalil berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Permuafaka­tan Polis Pahang bersama Jabatan Pendidikan Pahang di sini semalam yang dipengerus­ikanbersam­adengan Pengarah Pendidikan negeri Mohammad Rosli Abdul Rahman.

Bagi membantu pematuhan SOP di sekolah, Abd Jalil berkata unit rondaan bermotosik­al (URB) dan kereta peronda (MPV) akan ditempatka­n pada waktu puncak, iaitu balik dan pulang bagi membantu pegawai perhubunga­n sekolah mengawasi keadaan.

Pada perkembang­an lain, Abd Jalil berkata kesalahan trafik merupakan kesalahan paling banyak melibatkan pelajar sekolah di Pahang diikuti kesalahan berkaitan dadah dan kesalahan seksual manakala masalah gengsteris­me antara paling kurang berlaku.

“Kesalahant­rafikpalin­gtinggi ialah tidak mempunyai lesen... kita akan bekerjasam­a dengan pihak berkaitan mencari kaedah menawarkan harga lebih murah kepada mereka yang ingin mengambil lesen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia