Utusan Borneo (Sabah)

Dua veterinar di Chile didakwa suntik orang dengan vaksin koronaviru­s anjing

-

SANTIAGO: Dua veterinar di Chile kini berada dalam siasatan setelah memberi vaksin koronaviru­s anjing kepada sekurang-kurangnya 75 orang dalam bulan sebelum suntikan manusia tiba di negara itu, kata pegawai kesihatan kelmarin.

Pasangan itu menghadapi dakwaan memberi vaksin menentang koronaviru­s anjing, tidak sama dengan virus SARS-CoV-2 yang bertanggun­gjawab dalam pandemik manusia global, kepada warga bandar Calma di utara Chile.

Persoalan mula timbul pada September lepas, ketika pegawai kesihatan yang melawat mendapati pekerja di klinik veterinar di Calama beroperasi tanpa pelitup muka. Apabila ditanya, mereka menyatakan mereka telah divaksin oleh seorang veterinar tempatan.

Vaksin COVID-19 pertama tiba di Chile beberapa bulan kemudian, pada Disember.

Kemudian, diketahui bahawa seorang veterinar lain telah menyuntik vaksin anjing kepada lebih ramai orang.

“Ini amat berbahaya,” kata setiausaha kesihatan bahagian Antofagast­e, Rossana Diaz.

“Terdapat kajian menyatakan kesan sampingan pada manusia boleh menjadi setempat, seperti iritasi atau sistemik,” tambahnya.

Dua kes timbul minggu ini apabila pihak berkuasa melaporkan kepada pendakwa raya bahawa veterinar tersebut gagal membayar denda yang dikenakan.

Pihak berkuasa kesihatan awam Seremi menyatakan sekurang-kurangnya 75 orang menerima suntikan vaksin untuk anjing itu, termasuk pekerja kesihatan dan pelombong.

Chile setakat ini telah mengagihka­n sekurang-kurangnya satu dos yang disahihkan vaksin SARS-CoV-2 kepada sekitar 7.7 juta daripada 15.2 juta populasi sasaran.

Chile mencatatka­n 1.13 juta jangkitan COVID-19 dan lebih 25,000 kematian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia