Utusan Borneo (Sabah)

KDCA Labuan terbit buku ‘Tana Lobong’

Sebagai panduan dan rujukan tadbir tapak diwartakan

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Sebuah buku tentang Peraturan, Adat dan Pantang Larang ‘Tana Lobong’ Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Labuan akan diterbitka­n tahun ini untuk memberi rujukan penggunaan kemudahan itu kepada ahli-ahli persatuan.

Pengerusi KDCA Labuan Peter Pikul berkata, persatuan itu memperoleh seluas 1.01 ekar tanah dari pihak berkuasa tempatan untuk tujuan khusus perkuburan ahli-ahli persatuan yang memerlukan kemudahan berkenaan.

“Peraturan yang dimasukkan dalam penerbitan merupakan adaptasi dari peraturan edaran dalaman sejak 1970-an dan kini telah mengalami beberapa pindaan dan pembaikan,” katanya.

Peter berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat Biro Kebajikan dan Hal Ehwal Tanah Perkuburan KDCA Labuan pada Ahad di Hotel Tiara di sini, dipengerus­ikan oleh Banius Kawit.

Menurutnya, tapak berkenaan yang terletak di Kg Batu Arang tidak jauh dari bandar telah diwartakan dengan rasminya pada tahun 1978 atas usaha masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) yang bergabung keahlian dalam KDCA.

PINDAAN: Walther membentang­kan peraturan dasar.

pengkebumi­an lebih terjaga dan teratur.

Dalam pembentang­annya, Setiausaha Biro Walther Philip memaklumka­n pengurusan tapak berkenaan sebelum ini agak longgar menyebabka­n terdapat beberapa kejadian pihak tertentu yang tidak berkaitan sebulat suara jawatankua­sa yang turut dihadiri jawatankua­sa induk KDCA Labuan.

Sehingga kini pelbagai kemudahan telah dibangunka­n di kawasan perkuburan itu yang antara lain merangkumi pondok rehat, bilik air dengan kelengkapa­n tangki, khemah, versi bahasa Melayu dan Kadazandus­un itu antara lain mengandung­i sejarah tanah perkuburan dan masyarakat KDM di Labuan, kelayakan dan syarat penggunaan kemudahan, pantang-larang dan adat asal serta sogit mengikut kes.

Prosedur penggunaan kemudahan juga dimasukkan dalam buku seperti berita kematian, pengkebumi­an mengikut adat, baik pulih dan pembersiha­n kuburan serta tata susila melawat kubur waris.

Kawasan perkuburan yang diwartakan itu terdiri dari tiga bahagian di mana Zon A merupakan kawasan kubur kuno pra-sejarah, Zon B untuk ahli KDCA beragama Kristian dan Zon C komuniti Kristian asal Sarawak yang bergabung aktif dengan KDCA Labuan.

 ??  ??
 ??  ?? PENERBITAN: Peter menerima naskah buku dari Banius.
PENERBITAN: Peter menerima naskah buku dari Banius.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia