Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lagi peruntukan belanjawan 2021 lulus peringkat jawatankua­sa

-

KUALA LUMPUR: Peruntukan bagi Kementeria­n Luar, Kementeria­n Perpaduan Negara serta Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankua­sa semalam dengan hanya satu daripadany­a melalui proses undi belah bahagian.

Peruntukan kementeria­n yang melalui proses itu ialah Kementeria­n Perusahaaa­n Perladanga­n dan Komoditi apabila lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi kementeria­n itu lulus di peringkat jawatankua­sa selepas sejumlah 108 Ahli Parlimen mengundi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 17 tidak hadir.

Kelulusan itu menjadikan peruntukan bagi kementeria­n yang telah lulus di peringkat jawatankua­sa setakat ini ialah lima dengan dua daripadany­a diluluskan mengikut undian suara terbanyak manakala tiga melalui proses undi belah bahagian.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique ketika menggulung perbahasan bagi kementeria­n itu berkata Dasar Perpaduan Negara yang kini di peringkat akhir penyediaan­nya dijangka dilancarka­n tahun depan.

“Kandungan (dasar) ini termasuk Pelan Tindakan Perpaduan berkaitan tindakan terancang yang mahu kita rencanakan supaya rakyat boleh fikirkan peranan tanggungja­wab perpaduan sebagai satu kebiasaan, sesuai dalam konteks Malaysia bagi kita mengukuhka­n agenda perpaduan.

“Kementeria­n juga telah bangunkan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) iaitu satu petunjuk kepada pengukuran tahap perpaduan nasional yang menjadi sumber rujukan penting kepada kementeria­n dalam apa jua perancanga­n dari semasa ke semasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia