Utusan Borneo (Sabah)

‘Gerak hati’ deria keenam bantu anggota PGA hidu penyeludup

-

PADANG BESAR: Selain ketajaman pancainder­a seperti penglihata­n dan pendengara­n, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) perlu mempunyai ketepatan gerak hati sebagai deria keenam dalam melakukan tugas rondaan dan menjejaki penceroboh di sempadan negara.

Anggota Batalion 3 PGA Sarjan Che Min Anjang, 58, berkata berdasarka­n pengalaman­nya selama 42 tahun bertugas dalam PGA, gerak hati banyak membantuny­a menghidu awal kelibat penyeludup dan pendatang tanpa izin menyelinap masuk ke sempadan negara.

“Ketepatan gerak hati adalah sesuatu yang tidak dapat dipelajari atau ditimba menerusi pengalaman sebaliknya ia satu anugerah yang lahir daripada hati yang ikhlas.

“Bagi saya apa yang penting adalah niat yang ikhlas bekerja untuk menyumbang bakti, tenaga dan nyawa bagi mempertaha­nkan kedaulatan negara tanpa mengira erti penat dan lelah... itulah pegangan saya dari awal menyertai PGA 42 tahun yang lalu,” katanya kepada Bernama di Pos Kawalan Sempadan PB14 baru-baru ini.

Che Min berkata berdasarka­n pengalaman­nya, kerja menjejak penyeludup atau pendatang tanpa izin lebih mudah daripada menjejaki komunis yang mempunyai banyak helah dan terlatih dengan ilmu hutan.

Namun begitu, katanya, beliau sering berhati-hati kerana bahaya dan risikonya tetap ada.

Pada 24 November lepas, seorang anggota PGA, mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

Pada hari berikutnya seorang anggota daripada batalion sama yang sedang bertugas di Pos M16 di Bukit Kayu Hitam cedera selepas terkena tembakan senapang angin, yang turut dipercayai angkara penyeludup.

Seperti Baharuddin dan Norihan, Che Min juga adalah anggota Senoi Praaq yang bermaksud ‘Orang Perang’ terdiri daripada masyarakat Orang Asli yang cekap memburu di hutan, tetapi bagi beliau kerja menjejak manusia berbeza daripada menjejaki haiwan kerana cabaran yang perlu dilalui adalah berbeza dan lebih berisiko.

“Menjejak haiwan sangat mudah kerana kita hanya kesan tapak kaki haiwan yang ingin diburu, namun dalam kerja menjejak manusia banyak perkara perlu diberi perhatian antaranya keadaan sekitar, bunyi dan perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkina­n diserang hendap,” katanya.

Turut berkongsi pengalaman, rakannya, Koperal Anjang Angah, 56, yang berkata baginya secara peribadi gerak hati hanya digunakan sebagai elemen bantuan dalam tugasan kerana ia bercampur dengan perasaan.

“Dalam tugasan kami (anggota PGA) dilatih agar mengetepik­an perasaan takut, penat dan tekanan kerana ia dapat menjejaska­n ketajaman deria dalam menjejak musuh,” katanya yang pernah berkhidmat selama 28 tahun bersama pasukan elit Polis Komando 69.

Anjang berkata dua elemen penting dalam melakukan tugas menjejak adalah ketajaman penglihata­n dan pendengara­n, manakala gerak hati hanya membantu dalam keadaan tertentu.

Beliau juga berkata operasi menjejak komunis dan penyeludup adalah dua keadaan berbeza dan baginya tugasan memburu komunis adalah lebih mudah.

“Dalam tugasan memburu komunis, kita hanya perlu mengenali jalan masuk dan jalan keluar tetapi dalam menjejaki penyeludup cabarannya adalah lebih besar,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TUGAS PENTING: Ketua Platun 5, Inspektor Muhammad Adlizan Admancur,29, (dua,kiri) bersama empat anggota PGA Batalion 3, Kompeni B, (dari kiri) Lans Koperal Muhd Hairul Shahdan,30, Koperal Anjang Angah,56, Sarjan Che Min Anjang, 58, dan Sarjan Alang Alang Takong, 55, pada temu bual bersama Bernama di sempadan Malaysia-Thailand Padang Besar, semalam.
— Gambar Bernama TUGAS PENTING: Ketua Platun 5, Inspektor Muhammad Adlizan Admancur,29, (dua,kiri) bersama empat anggota PGA Batalion 3, Kompeni B, (dari kiri) Lans Koperal Muhd Hairul Shahdan,30, Koperal Anjang Angah,56, Sarjan Che Min Anjang, 58, dan Sarjan Alang Alang Takong, 55, pada temu bual bersama Bernama di sempadan Malaysia-Thailand Padang Besar, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEMANGAT: Anggota PGA Batalion 3, Kompeni B, Sarjan Che Min Anjang, 58, pada temu bual bersama Bernama baru-baru ini.
— Gambar Bernama SEMANGAT: Anggota PGA Batalion 3, Kompeni B, Sarjan Che Min Anjang, 58, pada temu bual bersama Bernama baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia