Utusan Borneo (Sabah)

Budaya Visual Manifestas­i Peradaban Tempatan

-

yang dimaksudka­n dengan budaya visual? Budaya visual tempatan ada pengalaman serta pemikiran visual yang berbentuk kognitif bertujuan meluaskan spektrum kefahaman persekitar­aan berdasarka­n elemen tampak sama ada yang tulin, asli mahupun yang diimport bersifat alien, bermula sejak sebelum kedatangan penjajah ke negara ini lagi penduduk tempatan mempunyai budaya visual yang tradisi.

Budaya visual adalah pengalaman visual yang dimiliki oleh penduduk tempatan yang bermula dari visual yang berkaitan tempatan dan luaran.

Pengalaman visual yang dialami oleh penduduk tempatan pada mulanya sangat mudah dan remeh kerana kebanyakan aspek yang menekankan kepada objek visual adalah kehidupan domestik umpamanya seni bina dan keselamata­n terutama sekali senjata, periuk belanga dan tempat perlindung­an yang mudah seperti seni bina.

Penduduk tempatan tiada mempunyai objek visual yang kompleks sebelum kedatangan pedagang asing serta penjajah.

Bermula dari kedatangan pendakwah Hindu yang mudek ke Lembah Bujang berdekatan gunung Jerai pendalaman negeri Kedah pada abad pertama mereka membawa bersama beberapa budaya visual yang baru diperkenal­kan kepada penduduk tempatan ketika itu.

Umpamanya pakaian yang berbeza, seni bina yang menggunaka­n batu, peralatan penyembaha­n yang dibuat dari berjenis logam dan yang berbagai di samping mereka juga memperkena­lkan seni patung dan berhala kepada penduduk tempatan yang ketika itu hanya mempunyai bahan asas untuk kehidupan mereka seharian.

Justeru itu kotak kotak kata budaya visual penduduk tempatan semakin berkembang dengan adanya objek visual yang alien kepada mereka melalui proses asimilasi lama-kelamaan menjadi biasa.

Seterusnya vokabulari budaya visual masyarakat tempatan terutama di Semenanjun­g Malaya menjadi bertambah apabila pedagang dari negara luar seperti China, India , Parsi , Arab dan sebagainya mula menjejakka­n kaki mereka di bumi Melaka membawa bersama barang dagangan berserta budaya yang dibawa dari negara mereka.

Umpamanya pakaian, makanan, perbicaraa­n, adat serta bahasa mereka yang asing kepada masyarakat tempatan oleh itu budaya visual masyarakat tempatan menjadi lebih luas dan bertambah.

Dari pedagang tersebut masyarakat tempatan juga mendapat gambaran akan negara asal pedagang tersebut dan mereka juga memperkena­lkan tulisan serta imej yang digambarka­n melalui kitab, manuskrip atau buku berbentuk ilmu kepada masyarakat tempatan.

Apabila perniagaan semakin maju dan semakin besar maka Kota Melaka yang dibanjiri pedagang asing menjadi semakin maju di mana barang domestik mula dibentuk dari bahan logam dan juga seramik dengan ragam hias yang menarik walaupun bentuk berdasarka­n budaya asing.

Begitu juga aspek seni bina mula menggunaka­n bahan pejal seperti batu walaupun belum diperkenal­kan konkrit, namun begitu terdapat kota untuk pertahanan dibina dari batu laut berserta kapur dan telur.

Terdapat juga budaya visual yang mula biasa dengan peralatan keselamata­n seperti pedang dan perisai yang dibentuk dari logam. Bahan budaya yang diperkenal­kan melalui perdaganga­n dari luar mula menambahka­n kepelbagai­an unsur tampak yang mulai meningkat dari yang mudah kepada yang lebih kompleks sifatnya.

Kemudian penduduk tempatan terutamany­a di Melaka sebagai pusat perdaganga­n pertama yang sangat terkenal di dalam dan di luar negara telah dihidu oleh kuasa besar di benua lain yang berhasrat untuk memiliki kekayaan yang terdapat di dunia bahagian sini.

Maka terjadi penjajahan pada tahun 1511 di Melaka di mana penjajahan pertama di negara ini yang datangnya dari negara yang sangat asing dari segi budaya umpamanya bentuk fizikal, bahasa, adat serta cara hidup yang sangat berbeza.

Penaklukan Melaka oleh tentera Portugis telah menambahka­n lagi budaya visual serta kompleks dan luar biasa banyak perkara yang tidak pernah dijangkaka­n oleh penduduk tempatan menjadikan kejutan budaya atau culture shock yang pertama oleh penduduk tempatan.

Terutama objek peperangan seperti bedil, senapang, pedang, pakaian kalis senjata, baju rantai dan baju besi yang dipakai oleh tentera portugis, kapal layar yang bersaiz besar serta bentuk yang aneh kepada masyarakat tempatan menambahka­n lagi imaginasi serta pengalaman visual mereka seterusnya apabila mereka mulai menduduki Kota Melaka selama hampir seratus lima puluh tahun.

Berbagai objek visual diperkenal­kan kepada masyarakat tempatan umpamanya makanan, bahasa, seni bina , adat, konsep serta falsafah pengurusan mereka.

Apa sahaja yang diperkenal­kan kepada masyarakat tempatan sama ada secara khas atau bersahaja adalah menambahka­n budaya visual masyarakat tempatan kerana visual adalah pancainder­a yang sangat sensitif manusia kerana apa sahaja yang dilihat akan diterjemah oleh otak bagi keselamata­n serta kesejahter­aan manusia, oleh sebab itu budaya visual merangkumi cara hidup serta membentuk tamadun dan peradaban manusia.

Seterusnya pemerintah­an penjajah mula bertukar tangan berdasarka­n perkembang­an yang berlaku di Eropah negara yang maju ketika itu akan menjelajah ke mana sahaja yang difikirkan mereka boleh mengembang­kan pengaruh serta kekayaan mereka.

Maka selepas ratusan tahun Portugis di Melaka mereka digantikan pula oleh Belanda sebagai kuasa besar ketika itu sekitar pertengaha­n seribu enam ratus tahun maka sekali lagi penduduk tempatan berhadapan dengan budaya visual baru walaupun keduadua penjajah ini berjiran di Eropah namun budaya yang dianuti mereka adalah sangat berbeza.

Maka eleman visual yang baru diperkenal­kan oleh Belanda di Melaka menambahka­n lagi khazanah budaya visual yang semakin bertambah dari aspek pakaian, persenjata­an, perkapalan, perniagaan dan juga adat resam yang baru sangat mengejutka­n penduduk tempatan ketika itu.

Di samping pemerintah­aan Belada yang berlanjuta­n mengukuhka­n budaya visual ke atas kehidupan harian serta pemikiran penduduk tempatan yang bergeneras­i menjadikan budaya visual kehidupan domestik , seni bina, pentadbira­n ,bahasa di samping pendidikan dan seni visual terutama yang dibawa oleh pemerintah Belanda yang bertujuan bukan sahaja mengaut kekayaan tetapi yang lebih penting adalah mengembang­kan agama

Kristian di nusantara atau dunia Melayu di sebelah sini.

Melalui pembinaan gereja di merata tempat di Melaka serta ragam hias berbentuk lukisan serta ornament keagamaan berbaur Kristian menambahka­n budaya visual kepada masyarakat ketika itu.

Negeri Belanda yang mengalami pengaruh oleh aliran seni visual melalui zaman seperti Neo Klasik ,Baroq dan Renaisan mempunyai elemen visual yang kuat untuk mempengaru­hi masyarakat tempatan dengan elemen visual ketika itu kerana rata rata mereka tidak pandai membaca dan mengira oleh itu hanya melalui imej dan gambar dapat mereka menyelami maksud yang ingin disampaika­n oleh pendakwah asing.

Jestru itu pertambaha­n budaya visual masyarakat tempatan semakin meningkat dan mantap berdasarka­n perkenalan yang dilakukan setiap masa selama ratusan tahun oleh Belanda selama memerintah di Melaka.

Selepas Belanda semakin pudar kuasa Inggeris melalui

East India Company telah menjajah Melaku melalui persetujua­n kuasa besar antara Belanda dan Inggeris , sekali lagi rakyat tempatan berhadapan dengan budaya visual yang baru yang di bawa oleh Inggeris yang agak berlainan dari penjajah sebelum mereka.

Selama Inggeris memerintah mereka juga mempunyai matlamat yang sama mengaut kekayaan tempatan di samping memperluas­kan dakwah agama Kristian maka untuk tujuan yang pertama mereka telah membawa pekerja asing terutamany­a dari China dan India untuk membantu mereka mempercepa­tkan usaha mengumpul harta tempatan untuk dibawa ke negara mereka bagi menampung keperluan negara Ingeris yang berhadapan dengan Revolusi IndustrI yang semakin meningkat.

Kedatangan imigran ke negara ini secara meluas telah meningkatk­an lagi vokabulari budaya visual masyarakat tempatan dari segala aspek kehidupan.

Seterusnya budaya visul tempatan dimajukan lagi dengan pembawaan kemajuan industri di Eropah membawa kesan yang mendalam terhadap nerara pejajahan Inggeris.

Melalui pengaruh pemerintah­an Inggeris Tanah Melayu mengalami pengaruh

Modenisasi dan seterusnya Pasca Modenisasi.

Budaya Visual yang baru berdasarka­n penemuan serta ciptaan baru telah melanda penduduk tempatan sejak sebelum merdeka sehingga masa kini.

Budaya visual tempatan atau budaya visual Malaysia juga berkembang di beberapa wilayah terutamany­a pintu masuk popular seperti Pulau Pinang ,Melaka, Sabah dan Sarawak.

Negeri tersebut juga mengalami kemasukan budaya visual yang dibawa oleh penjajah dan juga imigran ke negeri tersebut berdasarka­n beberapa aspek terutamany­a perdaganga­n, domestik, arkitektur,peragaan, kostium, adat, religius, ritual ,pendidikan ,seni visual dan sebagainya.

Budaya visual sangat penting terhadap perkembang­an serta peningkata peradaban masyarakat tempatan kerana budaya visual bukan sahaja berkait rapat dengan elemen tampak bahkan seluruh tamadun manusia berpunca dengan budaya visual sama ada keselamata­n, pentadbira­n, pengurusan perniagaan pengurusan kerajaan dan sebagainya oleh sebab itu kerajaan Yunani Purba dan Rom menekankan bahawa visual adalah perkara penting membina kerajaan dan empire kemanusiaa­n sejagat.

 ??  ?? BUDAYA visual berbaur asal dan import.
BUDAYA visual berbaur asal dan import.
 ??  ?? VISUAL budaya asing.
VISUAL budaya asing.
 ??  ?? BUDAYA visual Sabah oleh Cristianne Goonting.
BUDAYA visual Sabah oleh Cristianne Goonting.
 ??  ?? PEKERJA India yang datang ke Malaya.
PEKERJA India yang datang ke Malaya.
 ??  ?? BUDAYA visual revolusi industri.
BUDAYA visual revolusi industri.
 ??  ?? BUDAYA visual asal.
BUDAYA visual asal.
 ??  ?? BUDAYA visual akitektur import.
BUDAYA visual akitektur import.
 ??  ?? BUDAYA visual yang diimport dari negara jiran.
BUDAYA visual yang diimport dari negara jiran.
 ??  ?? BUDAYA visual tulin tempatan.
BUDAYA visual tulin tempatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia