Utusan Borneo (Sabah)

Produk jamu ‘cewek’ berasaskan kunyit pilihan bekas pekerja TNB jadi usahawan dalam bidang kecantikan

- Oleh Nurfardlin­a Izzati Moktar

TAMPIN: Sering merawat wanita yang sedang berpantang dan tidak mengamalka­n pemakanan jamu untuk kesihatan dalaman akhirnya telah mencetuska­n idea buat ibu kepada empat orang anak ini menghasilk­an jamu berasaskan kunyit yang dapat digunakan pelanggann­ya dalam proses pemulihan selepas bersalin.

Sharida Baharudin, 39, berkata minat yang mendalam terhadap bidang kecantikan dan kesihatan serta keterujaan­nya untuk melihat setiap pelanggann­ya tampil cantik dan sihat juga mendorong beliau untuk meninggalk­an kerjayanya di Tenaga Nasional Bhd (TNB) demi memenuhi cita-cita menjadi usahawan dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

“Saya bermula dengan membuka perniagaan spa dan kecantikan pada tahun 2009 dengan menyewa sebuah kedai di Gemencheh dengan modal permulaan kira-kira RM10,000. Lapan tahun kemudian iaitu pada 2017, bagi mempelbaga­ikan lagi cabang perniagaan, saya mula menghasilk­an produk jamu berasaskan kunyit yang diberi nama jamu ‘cewek’.

“Idea itu mula tercetus ketika saya membuat rawatan kepada beberapa orang ibu bersalin di mana kebanyakan mereka tidak amalkan pemakanan jamu. Jadi saya mula terfikir lebih baik saya hasilkan jamu berasaskan kunyit yang mempunyai pelbagai khasiatnya untuk membantu pelanggan saya ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat 12 tahun dahulu untuk berhenti kerja, Sharida berkata, ternyata ia bukan langkah yang sia-sia apabila kini membuahkan hasil yang positif dan mampu meraih pendapatan kasar kira-kira RM10,000 sebulan.

Mengulas mengenai produk berasaskan kunyit yang dihasilkan­nya itu, beliau berkata antara produk yang dihasilkan ialah jamu, bedak tepek, sabun, rempah dan serum penjagaan kulit.

“Kunyit dikatakan dapat mencegah radang kulit selain dapat memperbaik­i kulit yang rosak akibat terdedah d ibawah pancaran matahari serta dikatakan boleh membantu mencegah daripada kanser.

“Selepas saya berjaya hasilkan jamu berasaskan kunyit ini, kemudian saya hasilkan pula produk bedak tepek pada 2018 dan produk sabun serta serum penjagaan kulit pada 2019 dan rempah pada Januari tahun ini,” ujarnya.

Sharida yang mendapat bimbingan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan berkata untuk menghasilk­an kesemua produk berkenaan, pemilihan kunyit yang berkualiti perlu dibuat bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar berkualiti.

Memiliki empat orang pekerja, beliau berkata, selain pasaran setempat, produknya itu kini berjaya dipasarkan di Kedah, Pahang, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur serta boleh didapati secara dalam talian menerusi media sosial Facebook.

“Saya juga merancang untuk meluaskan lagi produk ini ke seluruh negara terutama pasaran di Sabah dan Sarawak. Bagi pasaran luar negara pula, saya ingin memasarkan produk ini ke negara Indonesia memandangk­an banyaknya pengemar jamu di negara itu,” katanya.

Menurutnya, bagi produk jamu cewek, beliau mampu menghasilk­an kira-kira 500 botol dalam tempoh sebulan mengikut permintaan pasaran manakala bedak tepek pula sebanyak 30 bekas; sabun 35 buku; serum 35 botol dan rempah seberat 30 kilogram dengan menggunaka­n sebanyak 80 kilogram kunyit

Pada masa akan datang, Sharida menyasarka­n pengeluara­n sebanyak 1,000 botol jamu cewek seminggu selain merancang mewujudkan stokis dan ejen di setiap negeri.

Selain itu, katanya, beliau juga merancang untuk memasarkan produknya ke pasar raya bagi mengetenga­hkan produk tempatan sekali gus meningkatk­an pembelian barang buatan tempatan.

“Impian saya ialah agar produk ini lebih dikenali bukan sahaja di pasaran tempatan bahkan luar negara.

“Saya juga ingin membangunk­an kawasan Gemencheh ini menjadi antara salah satu kawasan yang dikenali dalam menghasilk­an produk jamu berasaskan kunyit yang utama di Negeri Sembilan,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TAMPIL CANTIK: Antara produk berasaskan kunyit yang dihasilkan­nya ialah jamu, bedak tepek, sabun, rempah dan serum penjagaan kulit di Tampin, kelmarin.
— Gambar Bernama TAMPIL CANTIK: Antara produk berasaskan kunyit yang dihasilkan­nya ialah jamu, bedak tepek, sabun, rempah dan serum penjagaan kulit di Tampin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia