Utusan Borneo (Sabah)

Gesaan hapus sekolah vernakular di Malaysia ditentang

Dong Zong tidak setuju dengan tuduhan sekolah vernakular tidak hasilkan pelajar dengan ‘identiti nasional yang kuat’

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Gabungan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Temenggung Datuk Vincent Lau menentang gesaan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk menghapusk­an sekolah vernakular di Malaysia.

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, Lau berkata pihaknya tidak setuju dengan tuduhan tidak berasas bahawa sekolah vernakular tidak menghasilk­an pelajar dengan ‘identiti nasional yang kuat’.

Sehubungan itu, Lau mengetenga­hkan empat hujah utama yang menyokong pelaksanaa­n sekolah vernakular di Malaysia.

Beliau berkata nasionalis­me atau perpaduan nasional tidak boleh dibina atas dasar merampas hak etnik lain untuk belajar dan memahami bahasa ibunda mereka selain daripada bahasa kebangsaan.

“Mana-mana individu yang memahami nasionalis­me tidak akan mempunyai pandangan atau prasangka stereotaip terhadap etnik lain dan identiti budaya mereka.

“Sebaliknya, seorang nasionalis sejati harus memperlaku­kan semua kaum dan etnik sama rata dan menghormat­i hak mereka dalam mendirikan sekolah vernakular,” katanya.

Lau juga mengatakan bahawa kenyataan Senator Wan Ahmad Fayhsal telah mencermink­an kecenderun­gan rasis dan chauvinisn­ya untuk melaksanak­an dasar pendidikan aliran tunggal yang monolingua­l.

“Percubaan ini akan meminggirk­an sekolah vernakular, mengubah ciri unik bangsa dan budaya lain, akhirnya menghapusk­annya,” tegasnya.

Katanya ia tidak menggambar­kan individu yang ingin menyatukan warganegar­a Malaysia walaupun Wan Fayhsal mahu digambarka­n seperti itu.

“Pada kenyataann­ya, dia mendukung narasi elit yang berat sebelah, bertujuan mengasimil­asi kaum lain yang akan mengakibat­kan ketegangan antara etnik yang semakin meningkat.

“Sistem sekolah vernakular telah tertanam jauh dalam permaidani sistem pendidikan Malaysia.

“Merampas cara pelestaria­n budaya adalah dengan menjauhkan diri daripada apa yang ada di Malaysia - masyarakat majmuk berbilang kaum yang bertoleran­si terhadap identiti satu sama lain” katanya.

Lau berkata Wan Ahmad

Fayhsal bukanlah pemain pertama dalam arena politik yang membakar api isu perkauman.

Katanya terdapat banyak individu dan ahli politik yang mempunyai kepentinga­n tersendiri yang ingin memainkan sentimen perkauman dan menimbulka­n rasa tidak percaya antara kaum.

Lau beranggapa­n percubaan itu sebagai publisiti yang murah.

“Tanggungja­wab kolektif kita adalah untuk mendedahka­n mereka yang ingin memecahbel­ahkan rakyat Malaysia melalui ucapan kebencian,” ujarnya.

“Mana-mana individu yang memahami nasionalis­me tidak akan mempunyai pandangan atau prasangka stereotaip terhadap etnik lain dan identiti ” budaya mereka. Temenggung Datuk Vincent Lau Pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Gabungan Sekolah Cina Malaysia

 ??  ?? LAU
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia