Utusan Borneo (Sabah)

Perdana Menteri mahu Kerajaan Negeri sehaluan dengan Kerajaan Persekutua­n

- Oleh Amir Anuar

KOTAKINABA­LU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Kerajaan Negeri sehaluan dengan Kerajaan Persekutua­n untuk memastikan masa hadapan yang lebih baik untuk Sabah.

Berikutan itu, rakyat diharap mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September kelak, supaya dasar Kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutua­n dapat diselarask­an.

“Penting urusan-urusan melibatkan kepentinga­n rakyat disatukan dalam satu saf iaitu bersama PN di peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutua­n supaya lebih banyak manfaat diterima Sabah. “Sabah ini penting sebab itu rakyat perlu fikir baikbaik kerana keputusan nanti akan menentukan hala tuju negeri ini,” katanya, pada majlis bersama pemimpin pemimpin masyarakat dan budaya di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini, kelmarin.

Muhyiddin berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau tidak mahu Sabah terus tertinggal di belakang kerana negeri ini komponen penting dalam pentadbira­n Persekutua­n Malaysia.

Menurutnya, negeri ini mempunyai banyak sumber hasil bumi yang boleh dibangunka­n, namun sukar sekiranya Kerajaan Persekutua­n atau Kerajaan Negeri bertindak berasingan.

“Tetapi kalau Kerajaan Negeri dan Persekutua­n berjuang bersama-sama, mungkin banyak yang dapat diselesaik­an kerana itu logiknya (apabila Kerajaan Negeri dan Persekutua­n satu haluan).

“Sebagai Perdana Menteri, tanggungja­wab saya memastikan Malaysia membangun sebagai sebuah negara maju, sebab itu mungkin ada baiknya juga PRN diadakan di Sabah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau akui sedih apabila sahabat seperjuang­annya (Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) memilih untuk tidak sehaluan dengan pentadbira­nnya.

“Semenjak zaman-berzaman, kami berjuang bersama bahkan ‘dibuang’ oleh Perdana Menteri ketika itu tetapi Allah kurniakan saya sebagai Perdana Menteri pula pada hari ini.

“Shafie pun begitu, kami dalam saf perjuangan yang sama. Yang di-Pertuan Agong pula memilih saya Perdana Menteri baharu sebab krisis politik dan negara pula tidak ada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan).

“Saya sedih apabila pimpinan Kerajaan Negeri tidak bersama-sama saya, beliau adalah sahabat baik saya, tetapi dalam politik, hari ini sahabat esok boleh jadi lawan kita,” katanya.

Muhyiddin juga percaya norma baharu akibat penularan COVID-19 menunjukka­n situasi yang dihadapi negara termasuk Sabah luar biasa dan memerlukan kesepakata­n antara semua pihak.

Lebih-lebih lagi, ekonomi global hampir runtuh termasukla­h Malaysia sebelum pembukaan semula sektor ekonomi yang membolehka­n sehingga 15 juta rakyat kembali bekerja.

“Saya bukan hendak menakut-nakutkan. Tetapi kita kena ambil langkah yang tegas dan Sabah mesti kita selamatkan. Saya percaya PN boleh menyelamat­kan Sabah,” katanya.

Menyentuh langkah terkini Kerajaan Persekutua­n juga, Muhyiddin berkata Jabatan Perangkaan kini membuat kajian statistik penduduk negara ini dan beliau sudah mengingatk­an supaya tidak ada rakyat yang tercicir dari pangkalan data.

 ??  ?? MESRA: Muhyiddin tertarik dengan keunikan dan kepelbagai­an busana tradisi rakyat Sabah yang hadir sempena Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di SICC, Kota Kinabalu.
MESRA: Muhyiddin tertarik dengan keunikan dan kepelbagai­an busana tradisi rakyat Sabah yang hadir sempena Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di SICC, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia