Utusan Borneo (Sabah)

Muat naik semula klip video milik artis tanpa kebenaran undang ‘bencana’

- Oleh Watt Zacchaeus

PERBUATAN memuat naik semula atau ‘reupload’ klip video di laman sosial milik artis oleh netizen mengundang ‘bencana’ sekiranya didapati bersalah ke atas tindakan tersebut.

Ia bukan sahaja bersalah malah boleh melanggar hak cipta dan boleh dikenakan bayaran ganti rugi.

Pemilik Panggau Buluh Pengerindu (PBP) Embat Lala berkata, industri muzik lagu Iban menghadapi sangat banyak cabaran dalam memperjuan­gkan lagulagu Dayak ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum ini, katanya, syarikat rakaman lagu Iban dilanda masalah cetak rompak dan ini menyebabka­n pengeluara­n lagu-lagu Iban jatuh merundum.

Menurutnya, PBP yang dimiliki oleh Embat Lala merasakan tempiasnya menyebabka­n hampir tiga tahun tidak mengeluark­an lagu baharu di pasaran.

Akhirnya beliau memutuskan agar tidak mengeluark­an CD, VCD dan DVD lagi dan hanya mengeluark­an lagu single sahaja di Youtube.

Kini hampir semua syarikat rakaman lagu Iban di Sarawak tidak mengeluark­an VCD dan cuma mengharapk­an royalti dari Youtube.

“Namun begitu sekarang timbul pula masalah baharu iaitu pendengar itu sendiri yang mengganggu sumber pendapatan syarikat rakaman iaitu dengan memuat turun dari Youtube milik syarikat rakaman dan kamudian memuatnaik semula video lagu tersebut di media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan lain-lain media sosial tanpa izin atau kebenaran terlebih dahulu daripada pengeluar lagu tersebut.

“Dengan itu, maka tontonan ‘view’ di Youtube milik syarikat rakaman pun berkuranga­n menyebabka­n hasil pendapatan dari royalti makin berkuranga­n kerana pendengar boleh mendengar lagu tersebut di media sosial yang lain dan tak perlu lagi ke Youtube pemilik lagu tersebut.

“Kalau tidak diambil tindakan yang tegas dari sekarang maka ini boleh menyebabka­n pendapatan syarikat rakaman akan terjejas dan akan menyebabka­n kejatuhan mutu dan keluaran industri muzik lagu Iban di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media yang diemelkan kepada Utusan Borneo di Sibu, semalam.

Maka menyedari hakikat tersebut, Embat Lala yang juga seorang penyanyi, komposer dan penerbit sering kali memberi info akan buruknya masalah ini jika tidak diatasi dengan segera melalui facebook beliau iaitu ‘Embat Lala’.

Sehubungan masalah itu, beliau juga telah membuat satu kumpulan WhatsApp yang terdiri dari peminat yang bekerja secara sukarela untuk memberi nasihat terlebih dahulu kepada penguna yang memuat naik video keluaran PBP agar memadamkan video klip lagu tersebut.

“Nasihat secara lembut dan halus sudah diberikan pada ruangan komen Facebook tersebut. Setelah tidak diendahkan maka peringatan sekali lagi diberikan melalui Messenger. Jika masih tidak dipedulika­n atau pemilik akaun Facebook tersebut mempermain­kan amaran maka langkah seterusnya kita akan tangkap layar atau ‘Screen Shoot’ status yang ada video tersebut bertujuan agar pemilik akaun tersebut memandang serius amaran dari kami pihak pemilik.

“Langkah ini juga bukan bertujuan untuk memalukan tetapi berharap agar rakan-rakan yang mengenali pemilik akaun tersebut membantu untuk menyampaik­an info tersebut agar memadamkan klip video lagu tersebut.

“Jika langkah ini tidak juga berkesan maka langkah terakhir adalah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun tersebut untuk tindakan yang lebih tegas seperti saman dan menuntut ganti rugi,” tegasnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Embat Lala telah membuat laporan polis di Lutong, Miri baru-baru ini terhadap penguna Facebook bernama ‘Camelia’ yang telah memuat naik lagu keluaran PBP iaitu ‘Dunya Empu Aku’ dendangan Olivia C yang telah mencapai jumlah tontonan 1.2 juta dalam masa lima bulan sahaja yang dikeluarka­n dari Youtube Channel PBP milik syarikat rakaman PBP.

“Pemilik akaun tersebut mengaku bersalah dan telah membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 untuk sebuah lagu yang telah dia muat naik di Facebook.

“Diharap tindakan ini dapat memberi kesedaran kepada penguna media sosial yang lain agar tidak sembaranga­n muat turun dan kamudian memuat naik semula video milik orang lain tanpa kebenaran.

“Pengguna juga patut tahu bahawa setiap harta intelek itu patut dihormati dan dilindungi undangunda­ng di bawah Akta 332 Akta Hak Cipta 1987,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Olivia C yang menjadi mangsa kegiatan ini menyatakan dirinya sangat berbesar hati melihat ramai yang meminati lagunya itu.

“Saya juga tidak melarang sesiapa untuk berkongsi pautan lagu tersebut dari akaun Youtube Channel PBP namun saya amat tidak setuju sekiranya seseorang memuat turun video tersebut dari syarikat rakaman yang sah kemudian memuatnaik­nya tanpa kebenaran syarikat rakaman pemilik lagu tersebut.

“Hal ini menyebabka­n kejatuhan kualiti dan kuantiti lagu di dalam industri muzik lagu Iban di Sarawak pada masa akan datang,” katanya lagi.

Tindakan Embat itu juga turut mendapat sokongan oleh ramai artis-artis dan komposer yang terlibat di mana rata-rata mereka mengutuk perbuatan tersebut.

Antaranya yang menyokong tindakan Embat itu ialah Patrick Kamis, Gibson Rentap, Jennarino Jeraki, Maxwell Franklin Saran, Ricky El, Regina Patrick, Oliver OCHP, Masterpiec­e, Lucy M, Davney David, Melissa Francis, Tony Engkabi, Joseph Clem dan Taju Remaong.

Mereka masingmasi­ng mahu tindakan sedemikian rupa perlu diambil tindakan tegas dalam menjaga karya dan hakcipta supaya tidak disalahgun­akan dengan cara yang salah.

 ??  ?? BERTINDAK: Embat Lala ketika menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya di Lutong, Miri baru-baru ini.
BERTINDAK: Embat Lala ketika menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya di Lutong, Miri baru-baru ini.
 ??  ?? OLIVIA C
OLIVIA C

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia