Utusan Borneo (Sabah)

Netflix perkenal antara muka pengguna dalam bahasa Melayu

-

KUALA LUMPUR: Netflix melancarka­n antara muka penggunany­a (UI) dalam bahasa Melayu membolehka­n ahli di Malaysia menavigasi UI, membaca tajuk dan sinopsis serta menonton rancangan dan filem dengan sari kata dan alih suara dalam bahasa Melayu, bermula semalam.

“Netflix percaya dengan memberi kawalan pengalaman hiburan sepenuhnya kepada ahli, sudah pasti akan meningkatk­an pengalaman tontonan dan menepati cita rasa rakyat Malaysia yang lebih suka menggunaka­n Netflix dalam bahasa kebangsaan mereka,” kata jurucakap Netflix ketika mengumumka­n fitur baharu Netflix bagi ahlinya di Malaysia menggunaka­n aplikasi Zoom.

“Opsyen UI dalam bahasa Melayu akan memberi sesebuah keluarga lebih fleksibili­ti kerana ahli boleh membuat pilihan ke profil bahasa Melayu daripada pilihan bahasa yang menawarkan 30 bahasa dalam bahagian urus profil di peranti mereka, menurutnya.

Netflix juga turut menawarkan kemudahan bahasa Melayu dari daftar masuk ke baris carian, koleksi serta pembayaran dan boleh didapati di semua platform termasuk di telefon, tablet, desktop, TV, malah playstatio­n,” kata jurucakap Netflix.

Menurutnya, ahli Netflix boleh menetapkan sehingga lima profil dalam setiap akaun dan setiap profil boleh mempunyai tetapan bahasa sendiri dan juga ahli Netflix di luar Malaysia juga mempunyai pilihan untuk menukar antara muka pengguna mereka kepada bahasa Melayu.

Satu lagi ciri lain yang terdapat di Netflix adalah carta 10 teratas yang diperkenal­kan tahun lepas iaitu memberitah­u filem terbaik semasa atau program di Malaysia serta ia juga turut mengumumka­n bahawa mereka melakukan beberapa perkara lain seperti pengguna boleh menyesuaik­an sari kata seperti ia boleh menukar fon.

Netflix juga dedikasika­n ruang untuk anak-anak di Netflix iaitu profil anak yang secara automatik dapat menapis kandungan yang hanya sesuai untuk umur mereka.

“Bagi pengguna android, terdapat ciri yang kami panggil, kawalan kelajuan yang membolehka­n pengguna untuk mempercepa­tkan kadar atau melambatka­n,” katanya lagi.

Sementara itu, Neflix juga menyasarka­n membawa cerita Malaysia untuk tontotan global dan pada 16 September, pengguna berpeluang menonton rancangan baharu yang dikendalik­an Dr Jason Leong: Hashtag Blessed. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia