Utusan Borneo (Sabah)

Isu tuntutan ke atas Sabah perlu diselesai antara kerajaan: Shafie

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mahu Kerajaan Pusat agar duduk semeja berunding dengan Filipina atas platform kerajaan dengan kerajaan bagi menyelesai­kan isu tuntutan negara itu ke atas Sabah yang terus diungkit.

Beliau berkata isu tuntutan berkenaan perlu diselesai antara kerajaan secara tuntas agar tidak lagi berbangkit pada masa depan.

“Kita tidak mahu perbalahan berlaku oleh kerana perkara seumpama ini yang dianggap perkara kecil, kalau tidak dipadamkan akan menjadi api yang membara,” katanya pada sidang media di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, di sini semalam.

Beliau menegaskan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah seharusnya tidak timbul lagi dan ia perlu diatasi secara mutlak oleh Kerajaan Malaysia.

Menurutnya, perkara itu masih timbul disebabkan tidak wujud sebarang langkah konkrit yang diambil selama ini untuk terus menyelesai­kan isu berkenaan daripada dibangkitk­an kembali.

“Satu langkah tegas perlu diambil oleh Kerajaan Persekutua­n selepas ini kerana jika tidak tuntutan-tuntutan tersebut akan berulang kembali terutama setiap kali menjelang pilihan raya.

“Perkara ini tidak pernah diatasi secara mutlak, secara konkrit oleh kerajaan kita di mana berbincang padamkan segala-galanya, Suruhanjay­a Cobbold adalah perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diperakui kenapa itu tidak diiktiraf.

“Mengapa itu berlaku kerana kita tidak mahu nanti berlanjuta­n perkara ini tidak dipadamkan sehingga kita mengambil enteng sampai pilihan raya ada pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab di negeri ini yang menggunaka­n isu itu,” katanya.

Beliau berkata, langkah pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) membawa usul tergempar di Dewan Rakyat berkenaan cadangan mencetak peta Sabah dalam pasport Filipina adalah demi memastikan perkara itu diselesaik­an sepenuhnya.

Katanya, WARISAN mendesak kerajaan agar bertindak tegas bukannya seperti pemimpin tertentu yang memainkan isu tuntutan Filipina sebagai agenda politik sedangkan ketika berkuasa sebelum ini tiada apa-apa langkah diambil.

“Ada sesetengah pihak yang menjawat jawatan yang tinggi selaku Menteri Luar tetapi mereka tidak mengambil langkah-langkah seumpama ini.

“Kejadian yang berlaku pada hari ini kita mahu menyuaraka­n hak kita terhadap negeri Sabah kepada kerajaan Filipina, tidak harus timbul lagi dan harus dipadamkan.

“Kitamaklum­kandengann­egara jiran kita Filipina menerusi kerajaan kerjasama G2G kerana kita sedar kejadian Tanduo misalnya bukan berlaku musim kerajaan WARISAN... itu lagi parah dan teruk berbanding dengan hanya kita membawa usul untuk dibincang, diselesaik­an di peringkat negara-negara ASEAN,” tegas beliau.

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia