Utusan Borneo (Sabah)

Mengelilin­gi Sabah dalam lapan hari

- Oleh Marmoh Kasman KUALA PENYU KENANGAN: Di Sandakan Harbour Square. MELIHAT ORANG UTAN: Taman Orangutan Sandakan.

AKU dan keluarga bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 8.30 pagi 8 Ogos 2020 dengan menggunaka­n kereta biasa sahaja, bukan dengan kenderaan pacuan empat roda. Kami tiba di Taman Negara Kinabalu jam 10.00 pagi. Kami berehat di sini seketika, menikmati hembusan bayu yang dingin sambil mengambil gambar berlatarbe­lakangkan Gunung Kinabalu yang indah.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan dan singgah di Arnab Village. Selain taman arnab dan kafe, tempat ini mempunyai beberapa perubahan yang menarik berbanding sebelumnya. Antaranya ialah terdapat kemudahan tempat letak kereta yang berhampira­n dan penjaga, sudut khas dan taman-taman tempat bergambar, gerai cenderamat­a serta nursery yang menjual pelbagai jenis bibit bunga.

Selepas itu, kami bergerak dan singgah di pekan Ranau. Di sini, kami makan tengah hari di sebuah restoran makanan segera dan menunaikan solat jamak Zuhur dengan Asar di Masjid Daerah Ranau. Pada jam 2.30 petang, kami melanjutka­n perjalanan. Setelah menempuh jalan raya yang kurang elok sepanjang 220 kilometer, kami tiba di Sandakan dan mendaftar masuk Hotel Livingston pada waktu senja. Selepas menunaikan solat jamak Maghrib dengan Isyak, kami makan malam di sebuah restoran di Batu 6, Sandakan.

Pada 9 Ogos 2020, selepas bersarapan pagi, kami berkunjung ke Taman Pemulihara­an Orang Utan, Sepilok. Di sini kami dapat menyaksika­n sendiri pelbagai aksi orang utan di samping dapat menyelami sejarah dan proses pemulihann­ya yang mempunyai lima peringkat iaitu Kemasukan, Kuarantina, Taman Asuhan, Latihan Semangat dan Latihan Kehidupan. Kemudian, kami makan tengah hari dan menikmati keenakan cendol durian di salah sebuah restoran di Sejati Walk, Batu 7, Sandakan.

Seterusnya, kami singgah di Mydin Sejati Ujana, Sandakan. Selepas membeli sedikit keperluan dan solat jamak Zuhur dengan Asar, kami meneruskan lawatan ke Taman Buaya, Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan.

Taman Buaya Sandakan ini merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia dengan menempatka­n lebih 3,000 ekor buaya dengan pelbagai saiz daripada yang terbesar sampai yang terkecil. Di taman ini, terdapat juga haiwan-haiwan lain yang dipelihara seperti burung, ikan air tawar, haiwan ternakan, haiwan liar dan sebagainya.

Selepas itu, kami mengunjung­i Pasar Umum Sandakan yang terletak di Jalan Pryer, Pusat Bandar, Sandakan. Pasar ini merupakan sebuah pasar yang terletak di dalam bangunan 3 tingkat yang ada kemudahan lif.

Di halaman pasar, terdapat peniaga yang menjual pelbagai jenis buah durian. Kami sempat juga menikmati kelazatan buah durian kacukan di sini. Sesudah itu, kami bersiar-siar dan menikmati suasana petang di Sandakan Harbour Square dan singgah sebentar di Harbour Mall Sandakan.

Pada jam 6.00 petang, kami ke Restoran Ikan Bakar Sederhana Sim-Sim yang terletak di Jalan Sim-Sim, Sandakan. Sayangnya, apabila kami tiba, restoran yang terletak di dalam pasar itu telah tutup. Kami rasa agak kecewa. Kemudian, kami ke Stesen Ikan Bakar Legend yang terletak di Lorong Grandview, Sandakan.

Sekali lagi kami rasa kecewa kerana apabila kami tiba, restoran itu sekejap lagi akan tutup dan makanannya pun tinggal sedikit. Selepas itu, kami ke Restoran Ocean Seafood Steamboat Kak Jue yang terletak di Taman Fajar Perdana, Sandakan. Kami bernasib baik kerana kami mendapat tempat untuk menjamu selera dengan makanan laut yang lazat di restoran yang ramai pengunjung ini.

Pada 10 Ogos 2020, selepas bersarapan pagi, kami meneruskan perjalanan. Kami singgah sebentar di Batu 32, Sandakan dan menunaikan solat jamak takdim Zuhur dengan Asar. Kemudian, kami bergerak perlahan mengharung jalan raya yang sedang dalam proses pelebaran dan singgah di sebuah restoran tepi jalan di kawasan Kinabatang­an untuk makan tengah hari. Sesudah menjamu selera, kami pun menyambung perjalanan. Kami tiba di bandar Lahad Datu jam 4.00 petang tetapi kami tidak singgah, hanya melintasin­ya sahaja.

Kami tiba dan mendaftar masuk Tampi-Tampi Resort, Semporna jam 6.00 petang. Kami menginap di rumah terapung yang diperbuat daripada kayu yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Setiap rumah adalah untuk dua orang penghuni sahaja. Kami sempat juga mengambil gambar di persekitar­an resort ketika matahari hampir terbenam. Memang pemandanga­nnya sangat indah dan menakjubka­n.

Selepas menunaikan solat jamak takdim Maghrib dengan Isyak, kami menjamu selera dengan makanan laut di sebuah restoran terapung bernama Semporna Holiday Restaurant. Kawasan ini dikeliling­i rumah-rumah kampung air.

Selepas itu, kami meraikan ulang tahun ke-7 perkahwina­n anak sulungku di ruangan khas di restoran berasingan dengan mengambil gambar di pentas mini yang berdekoras­i bentuk hati.

Pada 11 Ogos 2020, kami bersarapan pagi di restoran yang sama secara bufet dengan pelbagai jenis juadah yang menyelerak­an. Kemudian, kami menyusuri pelantar bawah untuk meredah kawasan air laut yang dikhaskan untuk mandi-manda atau berenang.

Selepas menunaikan solat jamak takdim Zuhur dengan Asar, kami mendaftar keluar dari Tampi-Tampi Resort. Pada jam 1.00 tengah hari, kami meninggalk­an Tampi-Tampi Resort untuk menuju ke pekan Semporna. Kami mengambil masa sedikit mengelilin­gi pekan sebelum makan tengah hari di sebuah restoran Melayu.

Pada jam 2.30 petang, kami meninggalk­an pekan Semporna. Kami tiba di The Peaks, yang terletak di Jalan Stesen TV, Tawau pada jam 4.00 petang. Di sini, kami dapat menikmati pemandanga­n panorama bandar Tawau di ketinggian 1200 kaki dari paras laut. Selepas bergambarg­ambar di kawasan The Peaks, kami bergerak ke bandar Tawau.

Kami mendaftar masuk Hotel M B, Tawau pada jam 6.00 petang. Sesudah solat jamak takdim Maghrib dengan Isyak, kami makan malam di sebuah restoran makanan segera.

Pada 12 Ogos 2020, kami bersarapan pagi di Restoran Sri Kelang yang terletak di Jalan Haji Karim, Tawau, yang menghidang­kan beraneka jenis juadah masakan Melayu yang menyelerak­an. Selepas menjamu selera, kami bergerak ke Tawau Hills Park yang terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau.

Tawau Hills Park merupakan sebuah taman hutan semula jadi yang mengandung­i pokok-pokok kayu semula jadi, sungai yang berair jernih serta air terjun yang cantik. Di sini, kami juga dapat menyaksika­n bermacam-macam gelagat kera yang menarik perhatian. Sebelum meninggalk­an tempat ini, kami sempat bergambar-gambar di beberapa lokasi strategik dalam kawasan taman.

Seterusnya, kami meluangkan masa melawat Muzium Koko Teck Guan yang terletak di Batu 2, Jalan Tanjung Batu Laut, Tawau. Di muzium ini, dipamerkan tentang sejarah perusahaan koko dan jentera kilang pemprosesa­n koko di Tawau yang diasaskan oleh Teck Guan. Terdapat juga pelbagai jenis produk koko asli keluaran Majulah Koko Tawau Sdn. Bhd., Teck Guan, dijual di sini. Kami tak melepaskan peluang membeli sedikit produk ini untuk dibawa pulang sebagai ole-ole istimewa dari Tawau.

Selepas itu, kami singgah semula di Restoran Sri Kelang untuk makan tengah hari pula. Terdapat bermacam-macam lauk dengan pelbagai jenis masakan disajikan di restoran Melayu ini. Semuanya sedapsedap belaka.

Sesudah menjamu selera, kami singgah di Pasar Tanjung Tawau. Di pasar ini, bukan sahaja beraneka makanan, sayur-sayuran, ikan masin, bilis, sotong kering dijual, terdapat juga peralatan dapur yang unik dijual di sini yang diimport dari negara jiran. Terasa rugi jika tidak membeli sesuatu peralatan yang unik untuk dibawa pulang.

Pada sebelah malam, setelah selesai menunaikan solat jamak takdim Maghrib dengan Isyak, kami makan malam di Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat yang terletak di Taman Mulia, Tawau. Di sini, kami menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Sebelum balik ke hotel penginapan, kami singgah di Gerai Buah-Buahan Segar di bandar Tawau. Terdapat pelbagai jenis buahbuahan segar dijual di sini. Di gerai ini, kami meluangkan sedikit masa duduk bersantai di tempat yang disediakan sambil mencicip kelazatan rasa durian Musang King.

Pada 13 Ogos 2020, jam 8.30 pagi, kami bergerak menuju Kalabakan yang jaraknya kirakira 90 kilometer dari bandar Tawau dalam keadaan cuaca yang cerah. Kami tiba di pekan Kalabakan sekitar jam 10.15 pagi. Kami berhenti sebentar di sini untuk mengambil gambar dan melihat keadaan pekan yang belum banyak pembanguna­n berbanding pekan-pekan lain di Sabah.

Pada jam 10.45 pagi, kami meneruskan perjalanan melalui jalan raya yang kurang baik ke Sapulut yang jaraknya kirakira 145 kilometer dari pekan Kalabakan. Dalam perjalanan, kami singgah di Rimba Rasa Café yang terletak kira-kira 50 kilometer dari pekan Sapulut untuk makan tengah hari.

Selepasmen­galasperut,kami meneruskan perjalanan. Kami tiba di pekan Nabawan pada jam 3.15 petang. Kami berehat dan solat jamak takdim Zuhur dengan Asar di Masjid Daerah, Nabawan. Selepas solat, kami meneruskan perjalanan melintasi pekan Keningau menuju Tenom yang jaraknya kira-kira 105 kilometer dari pekan Nabawan. Kami tiba dan mendaftar masuk di Yit Foh Coffee Cottage, Tenom pada jam 7.00 malam.

Pada 14 Ogos 2020, jam 9.00 pagi, kami melawat Taman Pertanian Sabah, Lagud Seberang, Tenom. Memandangk­an taman ini berkeluasa­n 200 hektar, kami menaiki kereta api yang disediakan secara percuma untuk melihat persekitar­an taman yang indah dengan pelbagai spesies tanaman.

Kereta api yang kami naiki berhenti di beberapa stesen yang strategik untuk memberi peluang kepada kami untuk melihat dengan lebih dekat tanam-tanaman yang terdapat di beberapa taman seperti taman anggerik dan orkid.

Pada jam 12.00 tengah hari, kami menjamu selera di Restoran Asia Rasa 3 yang terletak di pekan Tenom. Selepas makan, kami solat jamak takdim Zuhur dengan Asar di Masjid Daerah Tenom. Pada jam 2.00 petang, kami melawat Pusat Kebudayaan Murut yang terletak kirakira 13 kilometer dari pekan Tenom. Di pusat ini, kami dapat menyaksika­n pelbagai jenis alat-alat tradisi kaum Murut seperti tempayan, gong, kulintanga­n, pakaian, perhiasan dan sebagainya.

Pada jam 3.00 petang, kami bergerak menuju pekan Sipitang yang jaraknya lebih kurang 82 kilometer dari pekan Tenom. Kami tiba di pekan Sipitang pada jam 4.30 petang. Kami singgah sebentar dan duduk bersantai di gerai buah-buahan sambil menikmati keenakan rasa durian kahwin Sipitang. Kemudian, kami singgah di Restoran Satay Siga-Siga, Sipitang, menikmati kelazatan sate, sayap bakar dan sup kepala ikan putihnya. Sesudah makan, kami meneruskan perjalanan. Kami tiba dan mendaftar masuk Hotel River Park, Beaufort pada jam 7.00 malam.

Pada 15 Ogos 2020, jam 9.00 pagi, kami meninggalk­an pekan Beaufort. Kami tiba di Teratak Aza yang terletak di Jalan Bandau Kuala Penyu, Membakut. Sayangnya, pusat peranginan ini tutup. Oleh kerana itu, kami meneruskan perjalanan. Kami tiba di Tempurong Golden Beach Resort yang terletak 15 kilometer dari pekan Kuala Penyu pada jam 11.00 pagi.

Resort ini mempunyai pantai pasir yang cantik dan bersih serta memiliki pemandanga­n yang menarik. Kami tidak melepaskan peluang bergambar di beberapa lokasi yang cantik di pantai ini. Selepas itu, kami solat jamak takdim Zuhur dengan Asar di Masjid Daerah Kuala Penyu. Sebelum balik ke Kota Kinabalu, kami makan tengah hari di sebuah restoran di pekan Membakut. Alhamdulil­lah, kami selamat tiba di Kota Kinabalu pada jam 5.00 petang setelah mengelilin­gi Sabah selama lapan hari.

 ??  ??
 ??  ?? DAYA TARIKAN: Taman Orangutan Sandakan.
DAYA TARIKAN: Taman Orangutan Sandakan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MELIHAT ARNAB: Rombongan keluarga ketika tba Arnab Village, Ranau 1.
MELIHAT ARNAB: Rombongan keluarga ketika tba Arnab Village, Ranau 1.
 ??  ?? SEMULA JADI: Air Terjun Taman Hills, Tawau.
SEMULA JADI: Air Terjun Taman Hills, Tawau.
 ??  ?? CANTIK: Pemandanga­n di Tampi-Tampi Resort Semporna.
CANTIK: Pemandanga­n di Tampi-Tampi Resort Semporna.
 ??  ?? INDAH: Di Tampi-Tampi Resort Semporna.
INDAH: Di Tampi-Tampi Resort Semporna.
 ??  ?? TAMAN PERTANIAN SABAH
TAMAN PERTANIAN SABAH
 ??  ?? CERIA: Muzium Koko Teck Guan, Tawau.
CERIA: Muzium Koko Teck Guan, Tawau.
 ??  ??
 ??  ?? SAYANG TENOM: Salah satu tempat yang menarik untuk merakam gambar.
SAYANG TENOM: Salah satu tempat yang menarik untuk merakam gambar.
 ??  ?? KALABAKAN
KALABAKAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia