Utusan Borneo (Sabah)

Rangka persiapan terbaik

Harimau Malaya fokus baki tiga perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

- Jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya akan memberi tumpuan kepada baki tiga perlawanan pusingan kedua Kelayakan Kumpulan G Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober dan November ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata pembatalan Kejohanan Piala Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki pada tahun ini susulan pandemik COVID-19, memudahkan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik bagi menghadapi pusingan kelayakan berkenaan.

Beliau memaklumka­n Cheng Hoe dijangka memanggil pemain-pemain terlibat untuk mengikuti sesi latihan pusat pada pertengaha­n September ini, sebelum berdepan Bahrain pada aksi pemanas badan di tempat lawan pada awal Oktober.

"Selepas aksi pemanas badan menentang Bahrain, skuad kebangsaan akan terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk berdepan pasukan tuan rumah dalam pusingan kedua kelayakan pada 8 Oktober di tempat lawan.

"Kita akan kembali ke tanah air untuk aksi persahabat­an menentang Kuwait di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November nanti,

“Selepas aksi pemanas badan menentang Bahrain, skuad kebangsaan akan terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk berdepan pasukan tuan rumah dalam pusingan kedua kelayakan pada 8 Oktober di tempat ” lawan. Stuart Ramalingam Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

namun saya dimaklumka­n pihak Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) masih memantau situasi semasa pandemik COVID-19sebelumm­embuat keputusan lanjut berhubung kebenaran mengadakan aksi persahabat­an berkenaan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Dalam pada itu, Stuart berkata FAM akan mengadakan perbincang­an lanjut dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memandangk­an penangguha­n saingan Piala AFF Suzuki bakal memberi kesan kepada kepadatan jadual kalendar bola sepak tempatan pada musim hadapan.

Berdasarka­n perancanga­n asal, AFF bercadang menganjurk­an saingan Piala AFF Suzuki dari 23 Nov hingga 31 Dis ini, dan masih mengekalka­n format timbal balik yang diperkenal­kan pada 2018.

Bagaimanap­un, Jawatankua­sa Pasukan Petugas Piala AFF Suzuki yang mengadakan mesyuarat secara dalam talian pada Jumaat, memutuskan untuk menangguhk­an kejohanan berkenaan kepada 2021 susulan peningkata­n kes COVID-19 di peringkat rantau ASEAN serta global.

Selepas aksi berdepan UAE di Dubai, Malaysia dijadual melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Okt, sebelum menamatkan pusingan awal kelayakan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November ini.

Malaysia kini berada pada kedudukan selesa di tangga kedua Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharung­i lima daripada keseluruha­n lapan aksi kumpulan.

Hanya UAE yang berada di tangga keempat dengan enam mata memiliki kelebihan satu aksi sementara pendahulu, Vietnam unggul dengan 11 mata diikuti Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEPENUH TUMPUAN:
— Gambar Bernama SEPENUH TUMPUAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia