Utusan Borneo (Sabah)

Philadelph­ia mara ke peringkat separuh akhir kejohanan MLS

-

ORLANDO: Penyerang Brazil Sergio Santos menjaringk­an dua gol untuk membantu Philadelph­ia Union menempah tempat pada peringkat separuh akhir kejohanan Liga Bola Sepak Utama (MLS) yang disambung semula kelmarin dengan kemenangan 3-1 ke atas Sporting Kansas City.

Penyerang berusia 25 tahun dari Belo Horizonte itu melakukan jaringan pada minit ke-26 dan minit ke39 bagi memastikan Philadelph­ia memerlukan hanya dua kemenangan sahaja lagi untuk memenangi piala pertama dalam sejarah kelab itu.

Pemain tengah Jamiro Monteiro telah membuka jaringan untuk Philadelph­ia pada minit ke-24, dengan menyumbat rembatan rendah di tiang jauh selepas gerakan yang lincah membabitka­n

Santos dan pemain antarabang­sa Amerika Syarikat, Alejandro Bedoya.

Dua minit kemudian membuka jaringanny­a dengan gol serangan balas yang bermula daripada satu tendangan percuma Kansas City.

Hantaran ke belakang yang buruk oleh pemain Sporting, Luis Martins, disambar oleh Santos yang dengan cepat meluru ke arah gawang.

Pemain Brazil itu dengan tenang mengambil masa sebelum dia mengangkat penyudah yang rumit ke atas penjaga gol Kansas City, Tim Melia, untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Philadelph­ia kemudian mengukuhka­n kelebihan mereka enam minit sebelum separuh masa kedua dengan jaringan kedua Santos.

Hantaran cantik dari pemain tengah remaja Philadelph­ia, Brenden Aaronson, membelah barisan pertahanan dan menjumpai Santos di tiang belakang. Pemain Amerika Selatan menjadikan­nya 3-0 dengan penyudah yang tajam.

Kansas City menaikkan harapan bagi kebangkita­n dengan tandukan dari Alan Pulido sejurus sebelum waktu rehat untuk menjadikan kedudukan 3-1 tetapi cabaran mereka layu selepas waktu rehat dan Philadelph­ia memperoleh­i kemenangan dengan selesa.

Union akan menentang sama ada New York City FC atau Portland Timbers pada peringkat separuh akhir.

Kejohanan ‘MLS is Back’ berlangsun­g di dalam ‘gelembung’ selamat di Disney World di Orlando, Florida selepas penangguha­n musim selama empat bulan disebabkan oleh pandemik COVID19. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Antara babak-babak aksi perlawanan Kejohanan MLS di antara Philadheph­ia Union dan Kansas City di Reunion, Florida.
— Gambar AFP SENGIT: Antara babak-babak aksi perlawanan Kejohanan MLS di antara Philadheph­ia Union dan Kansas City di Reunion, Florida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia