Utusan Borneo (Sabah)

Peniru Elvis Presley dari Norway mencipta rekod dunia baharu

-

SEORANG peniru Elvis Presley dari Norway mencipta rekod dunia baru-baru ini apabila dia menyanyika­n lagulagu penghibur legenda itu selama lebih 50 jam tanpa henti-henti dalam satu pertanding­an dalam talian.

Kjell Henning Bjornestad, atau nama pentasnya Kjell Elvis, bernyanyi tanpa hentihenti selama 50 jam, 50 minit dan 50 saat, seterusnya memecah rekod lama, yang diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness, dengan lebih tujuh jam.

Rekod juara Elvis sebelum ini, seorang warga Jerman bernama Thomas ‘Curtis’ Gaethje, bertahan selama lebih 16 tahun.

“Saya tidak akan melakukan ini lagi,” kata Bjornestad, yang memakai kostum Elvis, kepada televisyen Norway selepas dia menamatkan persembaha­nnya di sebuah bar di Oslo.

Pengurusny­a berkata, Kjell Elvis, yang bernyanyi tanpa henti-henti selama dua hari dan dua malam, telah disuruh untuk mengurangk­an minuman kopi, sebaliknya bergantung kepada ‘smoothies’, buah dan snek tenaga untuk menjaga suaranya dan terus bertahan.

Bagaimanap­un dia menjadi semakin garau selama beberapa jam terakhir.

Bjornestad, yang berusia 52 tahun, pernah mencipta dua rekod nyanyian Elvis. Kali terakhir, pada 2003, dia membuat persembaha­n tanpa henti selama 26 jam untuk menang.

Kali ini, dia menyeru kepada peminat untuk membuat sumbangan sewaktu acara tersebut yang sebahagian­nya digunakan untuk membiayai sebuah hospital di Myanmar.

Elvis Presley, yang meninggal dunia pada 1977 dan dikenali sebagai ‘The King’, merupakan salah satu ikon budaya pada abad ke-20.

Dia memiliki puluhan lagu hit nombor satu dan menjual lebih 146 juta buah album, menurut Persatuan Industri Rakaman Amerika, dan memenangi lebih banyak album emas berbanding mana-mana orang lain. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia