Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak rumah di luar bandar dapat manfaat RES

Selaras visi pengelektr­ikan seluruh negeri menjelang 2025

-

KUCHING: Sebanyak 600 isi rumah dan sebuah balai raya di kawasan Simunjan dan Lubok Antu bakal menikmati bekalan elektrik 24 jam di bawah Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES).

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ia sejajar dengan usaha kerajaan negeri untuk menyediaka­n sepenuhnya kemudahan tersebut kepada rakyat di negeri ini menjelang 2025.

“Walaupun kerja-kerja bagi menyediaka­n bekalan elektrik luar bandar Sarawak tertangguh seketika ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, kami kekal komited untuk mencapai sasaran 97 peratus pengelektr­ikan luar bandar dalam beberapa bulan akan datang,” ujarnya menerusi kenyataan, semalam.

Sebelum memulakan kerjakerja pengelektr­ikan luar bandar katanya, pihak kementeria­n dan Sarawak Energy Berhad (SEB) akan mengadakan dialog dengan pihak berkepenti­ngan mengenai kerja-kerja yang terlibat.

Bagi memastikan projek tersebut dilaksanak­an dengan jayan

“Projek di Engkari pula akan dimulakan pada Oktober, sekali gus meluaskan jaringan bekalan elektrik negeri ke kawasan terpencil untuk menerangi 18 kampung dengan hampir 400 isi rumah apabila siap pada 2022 nanti.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

ya, beliau berharap semua pihak termasuk komuniti luar bandar, agensi pelaksana dan kontraktor akan memberikan kerjasama.

“Projek di Simunjan akan menerangi lebih 200 kediaman dan balai raya yang bakal siap pada tahun 2021.

“Projek di Engkari pula akan dimulakan pada Oktober, sekali gus meluaskan jaringan bekalan elektrik negeri ke kawasan terpencil untuk menerangi 18 kampung dengan hampir 400 isi rumah apabila siap pada 2022 nanti,” tegasnya.

Komuniti yang berada di bawah skim RES juga layak untuk menikmati Skim Bantuan Pendawaian (AWS) dengan bantuan pembayaran ansuran tanpa faedah oleh SEB, jelasnya.

Kerja-kerja pendawaian dalaman yang tidak selamat atau pengubahsu­aian yang dilakukan oleh juruelektr­ik tidak bertauliah boleh merosakkan peralatan elektrik dan mengakibat­kan kejadian kebakaran yang sering berlaku di rumah panjang, ujarnya.

Hadir pada sesi dialog tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan wakil dari agensi berkaitan.

Sementara itu di di Lubok Antu, Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Industri dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh yang juga merupakan ADUN Batang Ai turut menghadiri sesi dialog.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Awla (duduk depan, tengah) bersama mereka yang hadir pada dialog bersama komuniti di Simunjan.
UNTUK ALBUM: Awla (duduk depan, tengah) bersama mereka yang hadir pada dialog bersama komuniti di Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia