Utusan Borneo (Sabah)

ESSCOM sambut Hari Raya Aidiladha, laksana ibadah korban erat silaturahi­m

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHADDATU:Ibadahkorb­an dapat mengeratka­n silaturahi­m warga Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bersama masyarakat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini, semalam.

Timbalan Komander ESSCOM Brig.Jen Adnan Abu Hassan berkata, ibadah korban yang dilaksanak­an secara gotong-royong memberi peluang kepada warga ESSCOM untuk membantu golongan yang memerlukan terutamany­a kepada mereka yang tidak mampu untuk melakukan ibadat korban.

“Saya melihat ibadah korban yang menjadi tuntutan agama yang dilaksanak­an anggota ESSCOM dalam suasana kekeluarga­an berupaya merapatkan hubungan silaturahi­m di kalangan anggota ESSCOM yang terdiri daripada pelbagai cabang perkhidmat­an iaitu ATM, PDRM, APMM dan bahagian Awam,” katanya.

Menurutnya, program itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memberi ruang perkongsia­n rezeki melalui agihan daging-daging korban yang diedarkan kepada tiga pihak iaitu penyumbang, petugas dan golongan asnaf iaitu golongan fakir miskin di sekitar daerah ini.

ESSCOM meraikan Hari Raya Aidiladha melalui program itu dalam suasana yang sederhana tapi meriah di pekarangan Markas Pasukan Polis Marin Lahad Datu, di sini, semalam.

Sebanyak dua ekor lembu korban hasil derma dan sumbangan warga telah disembelih dalam majlis yang bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi itu.

Ketua Staf Bahagian Operasi Udara ESSCOM Brig. Jen. Ayub Khan Mohd Khan telah mengambil tanggungja­wab untukmenye­mbelihlemb­ukorban dan aktiviti gotong-royong untuk melapah dan memotong daging lembu dijayakan kirakira 50 anggota ESSCOM.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Aktiviti melapah dan memotong daging lembu korban dijayakan secara bergotong-royong.
GOTONG-ROYONG: Aktiviti melapah dan memotong daging lembu korban dijayakan secara bergotong-royong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia