Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan asas di kawasan lumpur bebuak dinaik taraf

Usaha telah dilaksana sejak 2006 oleh MDL sebagai langkah menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara

- Oleh Mastura Ismail

Lumpur bebuak mempunyai potensi begitu besar untuk dimajukan sebagai destinasi wajib dikunjungi dan kita terus menaik taraf kawasan ini supaya dillengkap­i dengan kemudahan dan prasarana mencukupi.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah

LIMBANG: Kawasan pelanconga­n Lumpur Bebuak Kampung Meritam yang membuat kira-kira 40 letusan lumpur bebuak pada satu-satu masa terus dibangunka­n sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi pengunjung tempatan dan luar negara.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata usaha untuk membangunk­an lumpur bebuak sebagai satu lagi destinasi pelanconga­n di Limbang dilakukan sejak 2006 di bawah kelolaan Majlis Daerah Limbang (MDL).

Beliau berkata, sejumlah RM3 juta telah dibelanjak­an sehingga kini untuk membangunk­an kawasan itu melalui peruntukan daripada kerajaan persekutua­n dan negeri termasuk Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA).

“Lumpur bebuak mempunyai potensi begitu besar untuk dimajukan sebagai destinasi wajib dikunjungi dan kita terus menaik taraf kawasan ini supaya dillengkap­i dengan kemudahan dan prasarana mencukupi,” ujarnya pada Program Santai di Lumpur Bebuak anjuran MDL, semalam.

Turut sama ialah Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat, wakil Setiausaha MDL Mohd Syamil Jumain, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n Pendidikan dan Pembanguna­n Sosial MDL Kaunselor Frederick Lalong, Ketua Kampung Meritam Mahmud Gampal dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Meritam Embran Ahmad.

ADUN Bukit Kota itu menambah, setakat ini kawasan lumpur bebuak hanya 30 peratus dilengkapi kemudahan asas.

“Kemudahan asas akan dilaksanak­an secara berperingk­at seperti kemudahan bilik mandi, persalinan, surau dan tandas kerana pengunjung mesti mandi lumpur yang dipercayai mempunyai kelebihan dari segi merawat penyakit kulit.

“Pada masa sama, MDL juga sudah mengutarak­an permohonan kepada Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia sebanyak RM5 juta yang sekarang ini statusnya dalam peringkat kedua (penilaian),” katanya lagi.

Menurutnya, sektor pelanconga­n dalam negeri diberi tumpuan kerajaan negeri untuk dilaksanak­an supaya ekonomi dapat dipulihkan segera susulan impak COVID-19.

Sarawak tambahnya, mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati termasuk di daerah Limbang.

Jelas beliau, selain lumpur bebuak, Limbang mempunyai beberapa destinasi pelanconga­n menarik yang akan dibangunka­n termasuk Gunung Buda, Jeti Santaba di Kampung Patiambun dan banyak lagi.

Kerajaan negeri katanya, terus berusaha meningkatk­an prasarana terutama Gunung Buda yang berpotensi menjana ekonomi negeri dan setempat dengan menaik taraf jalan di kawasan itu sekali gus menarik pelancong luar.

 ??  ?? UNIK: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) merasai sendiri letusan lumpur bebuak disaksikan (dari kiri) Frederick, Mahmud, Syamil, Sufian dan Emran (kanan).
UNIK: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) merasai sendiri letusan lumpur bebuak disaksikan (dari kiri) Frederick, Mahmud, Syamil, Sufian dan Emran (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia