Utusan Borneo (Sabah)

PM: Negara berdepan keadaan lebih teruk jika kes COVID-19 meningkat

-

MUAR: Negara akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk sekiranya kes positif COVID-19 meningkat secara mendadak, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu beliau mengingatk­an rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, antaranya memakai pelitup separuh muka dan mengamalka­n jarakan sosial bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Dalam keadaan kita rasa kita sudah menguruska­n secara terbaik, masih ada berlaku (kes) dan terkini beberapa hari lalu kes COVID-19 meningkat. Dahulu dah turun ke paras satu digit dan naik pula ke dua digit, berdoalah jangan sampai tiga hingga empat digit.

“Apakah kita mahu ia kembali? Saya tidak fikir rakyat ingin kembali kepada keadaan kita mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga memaksa kita duduk di rumah, kilang kena berhenti (operasi), perniagaan tidak boleh diteruskan dan sekatan rentas negeri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Hari Raya Aidiladha Parlimen Pagoh, di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata bagi mengelakka­n perkara itu yang akan membawa kesan lebih buruk termasuk menjejaska­n ekonomi negara, rakyat tidak mempunyai pilihan selain terus mematuhi arahan Majlis Keselamata­n Negara dan Kementeria­n Kesihatan.

“(Keadaan sebelum ini memaksa) sehingga kita memperuntu­kan pakej rangsangan Prihatin bernilai RM250 bilion iaitu satu jumlah yang tidak pernah disediakan oleh mana-mana kerajaan negara ini sebelum ini, bagi menguruska­n masalah COVID-19 ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan Muhyiddin menyerahka­n 74 lembu yang disumbangk­an pelbagai pihak, antaranya Tan Sri Muhyiddin Golf Charity, Yayasan Al-Bukhari dan orang perseorang­an, kepada penduduk kampung dan agensi kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia