Utusan Borneo (Sabah)

Kekurangan kemudahan asas di luar bandar dikesali

-

MIRI: Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat Zulhaidah Suboh mendesak kerajaan agar memandang berat terhadap pembanguna­n dan penyediaan infrastruk­tur asas untuk rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Ketua Wanita PKR Cabang Sibuti itu melahirkan rasa kecewa dan memandang serius kekurangan kemudahan asas yang masih dihadapi kira-kira 12 rumah di Kampung Subak, Lambir, Sibuti.

Beliau memberitah­u, penduduk di kawasan luar bandar sudah berdekad-dekad meminta bantuan daripada kerajaan untuk menyediaka­n kemudahan seperti bekalan air dan jalan berturap, tetapi sehingga tahun 2020 masih tidak dapat direalisas­ikan.

“Bagi penduduk di kawasan bandar, kemudahan tersebut merupakan suatu kebiasaan dalam kehidupan harian.

“Namun bagi penduduk kampung tersebut dan banyak kawasan di luar bandar, ia seolah-olah satu kemewahan yang tidak dapat dinikmati pada era 2020,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

“Kita baru melalui sambutan Hari Sarawak enam hari lalu dan tahun ini merupakan tahun ke-57 Sarawak menyertai pembentuka­n Malaysia.

“Parti kerajaan yang memerintah di negeri Sarawak tidak pernah bertukar sekian lama.

“Malah kita masih dapat menyaksika­n kegagalan mereka dalam membekalka­n perkara paling asas untuk kehidupan rakyat di negeri Sarawak,” tambahnya.

Sehubungan itu PKR katanya, menyeru seluruh rakyat Sarawak untuk menggunaka­n kuasa undi di tangan masing-masing untuk memilih pemimpin yang betulbetul dapat memperjuan­gkan nasib mereka.

“Yang kita dengar cuma janji-janji manis setiap kali apabila pilihan raya kian hampir.

“Selepas diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat dan menikmati segala kemudahan, elaun serta gaji yang tinggi, rakyat pula dipinggirk­an dan yang dapat hanyalah janji-janji kosong,” tambahnya.

 ??  ?? ZULHAIDAH
ZULHAIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia