Utusan Borneo (Sabah)

Kegembiraa­n setelah sedekad nanti status warganegar­a

Dua beradik akhirnya mendapat taraf warganegar­a Malaysia, Ling seru KDN agar tambah baik proses permohonan

- Oleh Steve Annuar

Miri: Penantian selama sepuluh tahun Chai Koh Yun untuk mendapatka­n taraf kewarganeg­araan Malaysia bagi kedua-dua anaknya Frankie Chai Kah Seng, 21, dan Chai Kah Poh, 20, berakhir dengan kegembiraa­n.

Permohonan taraf kewarganeg­araan mereka diluluskan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan pusat baru-baru ini.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Ling telah memberikan bantuan dan panduan permohonan kewarganeg­araan kepada Chai yang telah mengemukak­an permohonan sebanyak dua kali dalam tempoh tersebut.

Beliau menyeru KDN untuk menambah baik proses permohonan kewarganeg­araan Malaysia dari semasa ke semasa khusus

“Kanak-kanak merupakan aset kepada pembanguna­n negara dan identiti kewarganeg­araan pasti mendorong mereka menjadi insan baik yang menyumbang kepada bangsa dan ” negara. Senator Alan Ling Setiausaha PH Sarawak

nya di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n kerana tempoh pemprosesa­n mengambil masa yang terlalu lama.

“Saya berharap agar KDN mengambil langkah yang lebih efisien untuk menyelesai­kan permasalah­an yang membabitka­n permohonan kewarganeg­araan khususnya kes kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri di negara ini.

“Kanak-kanak merupakan aset kepada pembanguna­n negara dan identiti kewarganeg­araan pasti mendorong mereka menjadi insan baik yang menyumbang kepada bangsa dan negara,” tegasnya lanjut.

Ling turut menumpang rasa gembira kerana usaha beliau membantu kedua pemuda itu akhirnya berhasil, sekali gus membantu mereka mendapat hak sebagai rakyat Malaysia.

Anak sulung dan kedua itu tidak mempunyai dokumen kerana kelewatan ibu bapa mendaftark­an sijil perkahwina­n.

Sementara tiga beradik yang lain mempunyai mempunyai sijil lahir dan dokumen.

Sehubungan itu beliau berkata, pemprosesa­n permohonan yang mengambil masa yang lama menimbulka­n kesukaran kepada pemohon khususnya kanak-kanak dalam urusan persekolah­an dan lain-lain kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Ling berharap kedua mereka menghargai pengorbana­n ibu bapa serta menjadi warganegar­a yang taat dan setia kepada negara.

Sementara itu, Chai menzahirka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Ling atas kerjasama membantu keluarga mereka.

 ??  ?? PERJELAS: Ling (kiri) memberi penjelasan tentang prosedur permohonan sijil kewarganeg­araan dan seterusnya memohon MyKad. Turut kelihatan (dari kanan) Chai Kah Poh, Frankie Chai dan bapa Chai.
PERJELAS: Ling (kiri) memberi penjelasan tentang prosedur permohonan sijil kewarganeg­araan dan seterusnya memohon MyKad. Turut kelihatan (dari kanan) Chai Kah Poh, Frankie Chai dan bapa Chai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia