Utusan Borneo (Sabah)

Program Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2020 hingga November ini

- OLEH ABD NADDIN

KOTA KINABALU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dengan kerjasama pelbagai agensi, iaitu Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Perpustaka­an Negeri Sabah dan Perbadanan Labuan, Wilayah Persekutua­n Labuan kini sedang mengadakan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2020 (DMK) sejak April dan berlangsun­g hingga November tahun ini.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob selaku Penasihat Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2020 (DMK) memberitah­u DMK adalah program untuk menjadikan Malaysia sebuah negara membaca dalam tempoh masa 10 tahun, iaitu dari tahun 2012-2030 dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia menjelang tahun 2030.

Program itu dilancarka­n pada 13 Februari lepas di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR).

Menurut kenyataan DBP Sabah, Fokus DMK ialah untuk meningkatk­an jumlah pembacaan, meningkatk­an jumlah pembaca dan meningkatk­an sasaran pembaca yang lebih inklusif.

Tema DMK ialah “#MalaysiaMe­mbaca” yang bertujuan mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca dan masyarakat Malaysia sebagai bangsa berilmu bertaraf dunia.

Kempen DMK ini menyasarka­n kumpulan kanak-kanak prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, belia, penjawat awam dan seterusnya masyarakat umum.

Rentasan khalayak perlu untuk mencapai matlamat DMK dalam perspektif­nya meningkatk­an tabiat membaca.

Pelaksanaa­n kempen DMK mengikut enam Program Teras Umum, iaitu Kepelbagai­an Aktiviti Membaca - Gerakan membaca seluruh negara dan memberikan pengiktira­fan bagi karyawan buku, penerbit serta tokoh pembaca, Pembanguna­n Prasarana - Akses kepada bahan dan aktiviti pembacaan serta pembudayaa­n ilmu melalui prasarana strategik di tempat tumpuan awam seluruh negara.

Selain itu, Pesta Buku sebagai Destinasi Perbukuan Masyarakat - Sudut dan Media pembacaan yang menarik di pesta buku peringkat antarabang­sa, kebangsaan dan setempat, Pembanguna­n Pembacaan dalam Kalangan Remaja dan kanak-kanak - Program pembanguna­n bakat, apresiasi seni dan penulisan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, Capaian Buku Digital/e-Buku - Strategi memudahkan akses kandungan bahan bacaan, eBuku sesuai dengan cara hidup abad ke-21 dan Pendidikan sepanjang hayat-Keperluan Pendidikan sepanjang hayat bagi meningkatk­an peningkata­n profesiona­lisme, kemahiran kerja, sahsiah dan jati diri.

Pada peringkat negeri Sabah, beberapa program diatur dan disesuaika­n dengan norma baharu selari dengan usaha kerajaan dan semua pihak dalam menangani penularan wabak penyakit berjangkit COVID19 dapat diatasi bersama.

Antara program yang telah diatur sepajang bulan April hingga November pada tahun ini ialah, Pertanding­an Sudut Bacaan Peringkat negeri Sabah yang melibatkan 20 Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Sabah, Wakaf Buku, iaitu program pemberian buku bernilai RM2,000 kepada Sekolah Integriti Wanita Kota Kinabalu, Wad Paliatif Kanak-kanak Hospital Likas, ADUN Sipitang dan ADUN Banggi.

Program sasaran prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institut pendidikan tinggi dan awam antaranya ialah Resensi Buku, Pertanding­an Ulat Buku, Pertanding­an Fotografi, Kem Membaca, Pertanding­an Bercerita, Pertanding­an Buku Skrap dan Anugerah Ulat Buku.

Wilayah Persekutua­n Labuan juga tidak ketinggala­n mengadakan beberapa program selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

Program DMK ini diharap dapat melegakan sedikit cabaran yang masyarakat hadapi hari ini dalam membudayak­an budaya membaca, iaitu pengaruh digital.

Pengaruh digital ini menyebabka­n banyak sumber bacaan tradisiona­l seperti surat khabar dan majalah kini mula merudum. Dengan cabaran ini tidak bermaksud masyarakat khususnya di Sabah berhenti membaca, sebaliknya sumber bacaan dan mediumnya berubah kepada versi digital.

Kebimbanga­n juga wujud dengan sumber pembacaan dalam arus digital yang begitu banyak tanpa sekatan sehingga menjadi gelanggang untuk menyebar berita palsu atau fake news dan lain-lain kandungan yang merosakkan masyarakat.

Melalui pembacaan, penelitian dan kajian secara picisan masyarakat dapat menapis sama ada sahih atau palsu sesuatu berita dalam kalangan masyarakat.

“Sama-samalah kita menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu bertaraf dunia menjelang tahun 2030. #Malaysia Membaca,” katanya.

 ??  ?? YUSOF YACOB
YUSOF YACOB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia